CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 91974|Reply: 420

Terabaikah Tanggungjawab Isteri pada Suami Bila Isteri Bekerja??

  [Copy link]
Post time 14-7-2011 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by nuryakmal at 15-7-2011 14:56

Kenape nafkah makan, minum, pakaian, tempat tinggal.. belanja anak2 sekolah...harus suami yang bertanggungjawap sepenuhnya, sedangkan isteri berkerja..sama berkerja?

Masih afdal dalam zaman sekarang hanya suami yang wajip memberi nafkah?? apa pulak kewajipan dan tanggujawap si isteri??

Kalau zaman tok ayah dulu pmpuan dok rumah jaga anak2..dan suami kuar berkerja, bila balik isteri dah sambut kat pintu rumah dengan air kopi terhidang dgn senyuman........

Zaman sekarang rasanya takde,anak2pun kekadang suami yang tolong uruskan, nak buat breakfast pagi-pagi untuk anak2pun payah nak bangun..apakan lagi nak antar anak2 ke sekolah...alasan penat berkerja kat pejabat... bila minta bantuan kewangan sikit dah meleter.. menuding smua itu tanggungjawap suami.

tolong bagi pendapat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2011 11:17 AM | Show all posts
Reply 1# MyBJZone


    Tanggungjawab isteri tak termasuk kasik nafkah. Tak kisah ler zaman dulu ker sekarang. However isteri boleh tolong kalau dia nak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 11:32 AM | Show all posts
ala.. berapa byk pulak isteri2 yg menanggung keluarga.. ibarat menanggung biawak hidup?

cth terdekat kat FD ni.... melambak trid bini menanggung biawak hidup
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2011 11:32 AM | Show all posts
Tanggungjawab isteri tak termasuk kasik nafkah. Tak kisah ler zaman dulu ker sekarang. However isteri boleh tolong kalau dia nak...


Owhh iye ke..  sebab tu isteri sekarang terlebih senang dan terlebih gemuk, dapat semua free dari suami, nafkah zahir dan batin,duit gaji dapat 100%  takde tanggujawap pulak tu pada anak2.. kalau suami kahwin baru pun dah kira nafkah lerr tu iye..heheeee... pas tu salahkan suami tak betul..tak setia,curang,dan tak bertangungjawap heheee
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 11:33 AM | Show all posts
MyBJZone Post at 14-7-2011 11:08



Ada belajar munakahat x? Sebelum nikah pon sure pernah attend kursus kawin kan, so?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 11:34 AM | Show all posts
Kalau zaman tok ayah dulu pmpuan dok rumah jaga anak2..dan suami kuar berkerja, bila balik isteri dah sambut kat pintu rumah dengan air kopi terhidang dgn senyuman........

Zaman sekarang rasanya takde,MyBJZone Post at 14-7-2011 11:08



tipu nehhhh...
ada je...
kak ipar aku masih macam neh....
husband dia tk tau apa pun pasal anak...
husband balik.. berkejar dia ke pintu... terus tinggal semua buat air utk suami...
tapi of coz la suaminya itu memberi nafkah yg cukup...
tk de masalah utang dan tk de masalah suami nusyuz....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2011 11:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by sherryda at 14-7-2011 11:39

isteri TT terlebih gemok ke?...Apa kata TT sponsor dia pegi slim world...he3..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 11:37 AM | Show all posts
zaman tok ayah dulu2, aku beli kuih 10sen dapat 2 bijik.
skrg, zaman najib, boleh dapat tak kuih 10sen?

sila jawab soalan cepumas aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2011 11:40 AM | Show all posts
org pompuan sekarang semua mcm Cik Madam besar.. tak boleh di tegur.. nak tolong suami jika perlu tolong suami sahaja.. namun cepat tersentap jika di sebut Nabi wanita paling ramai dalam neraka jahannam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2011 11:41 AM | Show all posts
isteri u terlebih gemok ke?...he3..


tak ler.. kebanyakan nye ler...  mem aku dulu,tak lehh gemuk punya lerr..ada lemak skitpun pun dah pegi SPA untuk sedut.. duitkan banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 11:47 AM | Show all posts
‘Nafkah’ asalnya adalah perkataan arab memberi maksud sesuatu yang dibelanjakan daripada mata wang atau seumpamanya bagi melengkapkan kehidupan seharian. Menurut Ibn Qudamah, nafkah ialah sesuatu yang dibelanjakan untuk melengkapkan apa sahaja yang menjadi keperluan asas kehidupan isteri untuk hidup seperti makanan, minuman, pakaian dan juga tempat tinggal. Sayyid Sabiq pula menambah bahawa pemberian suami untuk memenuhi keperluan isterinya seperti makanan, minuman dan juga ubat-ubatan walaupun isterinya seorang yang kaya, mempunyai duit sendiri dan mampu menanggung dirinya sendiri.

Tanggungjawab memberi nafkah diamanahkan kepada ketua keluarga dan suamilah yang memikul tugasan ini serta wajib baginya menjaga kebajikan isteri dan anak-anaknya. Konsep ini dibentuk berasaskan kepada hujah dari ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah yang berkaitan. Antaranya yang terpenting ialah ayat34  Surah an-Nisaa’ yang bermaksud:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”

Dalam surat al-Baqarah, ayat 233 Allah SWT berfirman mafhumnya:

“…Dan kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut. Seseorang itu tidaklah dibebani lebih dari kemampuannya.”

Bahkan ketika terjadi perceraian sekalipun, suami masih berkewajiban memberikan nafkah kepada isterinya selama masih dalam masa ‘iddahnya dan nafkah untuk menguruskan anak-anaknya. Begitu juga dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa’i yang bermaksud:

“Ya Rasulullah, apakah hak isteri ke atas kami?” Sabda Rasulullah SAW, “Hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan hendaklah memberi pakaian kepadanya seperti mana engkau berpakaian.”

Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan kepada kaum mukminin seperti diperintahkan kepada rasul. Maka, Allah berfirman dalam Al-Mukminuun ayat 51:

“.. makanlah dari makanan yg baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh.”

Dan ayat 172 surah Al-Baqarah, Allah SWT berfirman mafhumnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kalian.”

Walau bagaimanapun nafkah tidaklah bersifat mutlak kerana setiap orang tidak sama kemampuannya. Ada yang lebih berkemampuan dan kaya menyediakan kesemua keperluan dan ada pula yang sebaliknya. Apa yang penting suami memberikan komitmen dan tanggungjawab ini sebaik mungkin dengan kadar yang memberi keselesaan kepada isteri, bukannya kemewahan atau pembaziran yang melampau.

Persoalannya sekiranya isteri tersebut seorang yang bekerja, apakah menjadi tanggunggan bagi suami membayar nafkah diri?.. apakah gugur tanggungjawab tersebut ke atas suami daripada menyediakannya?.. Sebenarnya, urusan nafkah tetap berada di bawah tanggungjawab suami walaupun isterinya bekerja. Pendapatan isteri adalah hak mutlak bagi seorang isteri itu. Namun sekirannya digunakan bagi meningkatkan ekonomi keluarga dengan keredaannya maka pemberian tersebut dikurniakan pahala serta dikira sumbangan berharga isteri kepada suami. Keadaan demikian tidak akan menggugat dan menggugurkan kewajipan suami daripada memberi nafkah kepada isterinya. Selain itu, nafkah yang wajib diberikan suami kepada isteri akan terhenti apabila isteri melakukan perkara-perkara yang boleh dikategorikan sebagai nusyuz atau derhaka atau tidak taat kepada suaminya.

sumber dr internet

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2011 11:50 AM | Show all posts
zaman tok ayah dulu2, aku beli kuih 10sen dapat 2 bijik.
skrg, zaman najib, boleh dapat tak kuih 10sen?


Maksud nye ape?? kerna nak beli kosmetik suami tak mampu..sebab tu isteri perlu kerja... tak gitu??.. pulak dah, yang kita nak adalah tanggujawap!! apa tanggujawap isteri pada suami.. jika isteri berkerja??
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 11:51 AM | Show all posts
pegi ngaji munakahat balik
takde dalam hukum isteri kena bagi nafkah kat suami
kalau ko orang johor, bukak kitab muta'al badrin, tgk bab munakahat
detail dia terangkan dalam tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2011 11:53 AM | Show all posts
nafkah yang wajib diberikan suami kepada isteri akan terhenti apabila isteri melakukan perkara-perkara yang boleh dikategorikan sebagai nusyuz atau derhaka atau tidak taat kepada suaminya


Alhamdulilah, ada juga jawapannya... maka, zaman sekarang terlalu banyak isteri yang Nusyuz.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 11:54 AM | Show all posts
Reply 11# adyraney

thank you adyraney....

kalau dah beserta firman2 ayat & dah termaktub macam ni pun nak dipersoalkan.... hmmm... tak tau la...   seolah-olah mempersoalkan hukum Allah pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 11:55 AM | Show all posts
Reply 14# MyBJZone


   
maka, zaman sekarang terlalu banyak isteri yang Nusyuz.


tang mana u dapat conclusion ni?

you ada masalah ke? apa yang terbuku kat hati ni?

ce citer ce citer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2011 11:56 AM | Show all posts
pegi ngaji munakahat balik
takde dalam hukum isteri kena bagi nafkah kat suami


Yang kita nak bukan nafkah dari isteri... tapi APAKAH TANGGUNGJAWAP ISTERI PADA SUAMI BILA ISTERI BERKERJA???
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 11:59 AM | Show all posts
tingat zaman skool dedolu..ada sorang cekgu laki ngajar BM.....kitaorg group of four mmg riuh sket dlm kelas specially ngan cekgu nih...satu ari tak hengat tajuk apa tapi cam suami jaga umah atau isteri gaji besar lebih kuang camtulah......

terpacul soklan kalu beza gaji tersangat besar..riban2 gitu leh tak laki dok umah jaga anak, bini g carik nafkah.....tak penah cekgu tu marah kitaorg tetiba dia jerkah...korang ni tak blajar hukum ke?dah tangungjwb laki pegi carik nafkah walopon gaji dia kcik WAJIB bagi kat bini walo sikit berbanding gaji isteri.....terkedu kitaorg dlm kelas....kitaorg yg slalu riuh terdiam, bebudak lain pun tak sangka perkara gitu buat dia marah.....heheheh sowiii cekgu
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 11:58 AM | Show all posts
Reply 17# MyBJZone


    [quote]Yang kita nak bukan nafkah dari isteri... tapi APAKAH TANGGUNGJAWAP ISTERI PADA SUAMI BILA ISTERI BERKERJA???[/quote]

then tajuk thread bagi clear sikit...tukar pada yang u dah capital letter kan... orang menjawab ikut kehendak soalan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2011 12:02 PM | Show all posts
tang mana u dapat conclusion ni?

you ada masalah ke? apa yang terbuku kat hati ni?

ce citer ce citer


Ok aku mampu untuk sediakan semua yan asas...makan,minum,pakaian,keta dan rumah...cuma kkadang ade sekali dua benda yang tak di jangka seperti bayaran tuisyen anak2, keta rosak.. itu yang kita nak dia bantu...tapi di persoalkan kerna itu tanggujawap suami??  conclusion, bila mana aku suruh dia berhenti untuk berkerja dia tak nak.. sebab dah selesa ada duit sendiri...  

Apa sebenarnya si isteri nak???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.382140 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list