|
Pengendali Liverpool mahu lebar rekod kemenanganDEMAM bola sepak di tanah air kian panas. Selepas Arsenal, tiba giliran Liverpool pula hadir memukau penonton dalam siri persahabatan Jelajah EPL Asia 2011 apabila menentang skuad Harimau Malaya, esok.\n\n\n\nTumpuan semalam jelas terarah kepada legenda Anfield, Kenny Dalglish yang tiba bersama pasukan juara Eropah lima kali itu, awal pagi semalam dari China dan dia pantas memberi amaran The Reds akan bermain untuk menyambung rentetan kemenangan.\n\n\n\n\n“Saya terkejut dengan sambutan hangat peminat tempatan. Sejak kami tiba awal pagi ini (semalam) mereka sudah berkumpul di lapangan terbang dan juga di hotel,” kata pengendali yang menjadi tarikan utama selepas ketiadaan kapten, Steven Gerrard. “Saya pasti perlawanan menentang Malaysia nanti menarik dan saya tidak sabar untuk pertemuan ini.” Dalglish tarikan utama peminat
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|