View: 137|Reply: 0
|
Fokus utama Singapura: Rajagobal
[Copy link]
|
|
\"TUMPUAN utama kami kini adalah menentang Singapura,” kata ketua jurulatih skuad negara, Datuk K Rajagobal dalam sidang media, semalam menjelang ujian getir kedua menentang bekas jaguh Eropah, Liver-pool, esok.\r“Dua perlawanan menentang kelab gergasi Inggeris - Arsenal dan Liverpool - adalah peluang terbaik untuk kami menguji pasukan sebelum bertemu Singapura dalam kelayakan Piala Dunia nanti.”\r\n\n\n\n\r“Saya akur kekalahan 4-0 kepada Arsenal mengecewakan, tetapi setiap perlawanan memberi pengajaran dan pengalaman baru buat pemain beraksi lebih baik di masa akan datang.”\r\r\n\n\n\n\nSemalam, Rajagobal hadir di sidang akhbar yang turut membabitkan pengurus Liverpool, Kenny Dalglish serta dua bintang The Reds - Dirk Kuyt dan Daniel Agger. Turut hadir kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim.\r“Saya pasti untuk perlawanan menentang Liverpool, pemain akan menggandakan usaha mempamerkan aksi lebih meyakinkan,” kata Rajagobal.\rRajagobal turut menyeru anak buahnya mengambil peluang keemasan bermain di kalangan pemain terbaik Eropah untuk dijadikan sebagai panduan dalam kerjaya profesional mereka.\rPada perlawanan persahabatan menentang Arsenal kelmarin, skuad kebangsaan yang masih dalam proses menguji pemain-pemainnya, dibolosi empat kali hasil kecuaian barisan pertahanan mengekang asakan lawan.\r\n\n\n\n\r“Kedatangan kelab gergasi selalunya memberi kami keyakinan untuk beraksi lebih baik dalam kejohanan di rantau ini dan ia terbukti berkesan selepas melayan kunjungan Manchester United pada 2009, kami muncul juara Sukan SEA tahun itu dan disusuli kejayaan menjulang Piala AFF Suzuki tahun berikutnya.\r“Saya harap kedatangan tiga kelab gergasi sepanjang bulan ini akan memberi impak sama kepada senario bola sepak tempatan yang berdepan dua misi penting tahun ini - kelayakan Piala Dunia 2014 dan Olimpik 2012,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|