View: 251|Reply: 0
|
Peringkat 16 gamit memori ngeri Beloki
[Copy link]
|
|
ST PAUL TROIS CHATEAUX: Pelumba Perancis yang mewakili Europcar, Thomas Voeckler mendahului dengan kelebihan hampir dua minit memasuki minggu ketiga jelajah yang bakal menentukan kejuaraan Tour de France, tetapi pesaing utama dijangka tidak akan memulakan asakan pada Peringkat 16.\rPeringkat yang menampilkan jarak sejauh 162.5 kilometer ke Gap itu hanya menampilkan satu pendakian kategori dua di Col de Manse dan nama-nama besar dijangka menyimpan tenaga untuk pendakian lebih sukar di Banjaran Alpine penghujung minggu nanti.\r\n\n\n\n\r Selepas sehari rehat, kemenangan peringkat seterusnya dijangka menjadi milik pelumba yang mengerah tenaga di Col de Manse dan mengekalkan kedudukan sepanjang laluan berliku ke La Rochette.\r\r\n\n\n\n\n Laluan menurun itu menggamit memori di mana pelumba Sepanyol, Joseba Beloki terbabas lapan tahun lalu, tragedi yang hampir memerangkap Lance Armstrong, tetapi legenda Tour de France itu berjaya menyelinap di celah-celah kelompok pelumba sebelum merangkul kejuaraan kelima daripada tujuh Tour de France.\rArmstrong yang bersara daripada arena profesional tahun lalu selepas membuat kemunculan semula selepas dua tahun, dijangka hadir di perlumbaan berkenaan, tetapi butiran mengenai kedudukannya tidak didedahkan.\rVoeckler mengatasi pelumba Luxembourg yang mewakili Leopard, Franck Schleck dengan kelebihan 1 minit 49 saat, manakala Cadel Evans dari Australia (BMC), 2:06 di belakang. Juara tiga kali, Alberto Contador dari Sepanyol (SaxoBank) di tangga ketujuh, empat minit di belakang Voeckler. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|