CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Anak Krisdayanti dedah jantina bayi dikandung

[Copy link]
Post time 20-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
JAKARTA: Teka-teki mengenai jantina anak yang dikandung Krisdayanti akhirnya terjawab apabila ia didedahkan sendiri oleh anak sulung  penyanyi itu hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer Anang Hermansyah, Aurel yang memaklumkan kepada media bahawa ibunya itu hamil anak perempuan.\r“Mimi bilang (bayi) perempuan. Saya gembira ia  perempuan kerana akan mempunyai teman sebab selama ini saya adalah satu-satunya cucu perempuan dalam keluarga besar mimi,” kata Aurel ketika ditemui di Gallery Bellarosa di Kawasan Jeruk Purut, Jakarta Selatan.\r\n\n\n\n\r Malah, Aurel juga melahirkan rasa tidak sabarnya  menemani ibunya yang bakal melahirkan adiknya di Jakarta.\r\r\n\n\n\n\n“Pastinya, Mimi juga mahukan saya dan Ziel (Azriel) untuk menemaninya sekiranya beliau berada di Jakarta. Jika di Dili kami tidak dapat berbuat demikian kerana jauh,” kata Aurel.\rKrisdayanti pula dilaporkan menjelaskan beliau sendiri tidak kisah dengan jantina anak yang bakal dilahirkan hasil hubungan beliau dengan suaminya, Raul.\r“Sama ada lelaki atau perempuan yang penting senang. Semuanya  rezeki bagi diri saya,” kata bekas anggota D3IVA itu sambil ketawa.\rPelantun lagu Aku Wanita Biasa itu kini sudah memasuki bulan ketujuh kehamilannya.\rKrisdayanti juga dilaporkan mengalami kenaikan berat badan sehingga 30 kilogram berikutan kehamilan beliau itu yang ternyata sekali turut mempengaruhi gaya penampilan sang diva berkenaan. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.044734 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list