View: 11742|Reply: 51
|
5 Rekod Perkahwinan Pelik! Pelik atau Bodoh?
[Copy link]
|
|
5 Rekod Perkahwinan Pelik! Pelik atau Bodoh?
Perkahwinan yang meriah dan lain dari yang lain sentiasa menjadi idaman setiap pengantin dengan harapan ianya akan menjadi hari yang paling bermakna dan bersejarah dalam kehidupan. Kalau di Malaysia, kita sudah sedia maklum akan perkahwinan perkahwinan mewah dan’grand’ terutamnya golongan VIP dan selebriti yang menjadi tumpuan terutama pihak media. Tetapi lain pula yang berlaku di luar negara, mereka tidak berkahwin dengan manusia yang mereka cintai tetapi lebih kepada yang bersifat kebendaan. Berikut merupakan 5 perkahwinan pelik pasangan pasangan berikut:
1) Berkahwin Dengan Menara Eifel
Erika 39 tahun, merupakan seorang bekas tentera yang tinggal di San Francisco. Beliau memang telah lama mempunyai pengalaman jatuh cinta terhadap benda. Mulanya, Erika tergila-gilakan Lance, sebuah anak panah yang membantunya menjadi seorang pemanah. Rasa cintanya kemudian beralih pada Tembok Berlin. Beliau mendakwa dirinya memiliki hubungan fizik dengan sepotong pagar yang beliau simpan di dalam bilik. Tetapi Menara Eiffel merupakan pilihan terakhirnya. Majlis perkahwinannya sederhana sahaja dan dihadiri sanak saudara pada 4 Jun 2008. Beliau mengucap cinta dan janji setia. Sempena perkahwinannya, Erika menggunakan nama ‘Erika La Tour Eiffel’.
2) Berkahwin Dengan Orang Mati
Maut tidak akan dapat memisahkan cinta sejati. Begitulah yang dialami Jaskiewicz Magali dan Jonathan George. Pasangan kekasih ini tetap melangsungkan pernikahan meskipun pengantin lelaki telah meninggal dunia lebih setahun. Pasangan yang telah menjalin hubungan cinta selama enam tahun itu awalnya bercadang menikah di sebuah dewan bandaraya di Perancis pada November 2008. Namun, George mati dalam kemalangan motorsikal dua hari menjelang perkahwinan. Setahun berlalu, Magali tidak dapat melupakan rasa cintanya terhadap George. Dengan sokongan keluarga dan sahabat, wanita 32 tahun itu nekad melangsungkan pernikahan dengan foto George di sebuah dewan bandaraya di Dommary-Baroncourt,timur Perancis, pada November 2009.
3) Berkahwin Dengan Diri Sendiri
Liu Ye 42 tahun, lelaki berasal dari Zhuhai, China begitu mencintai dirinya sendiri sehingga nekad melangsungkan pernikahan tradisional dengan dirinya sendiri di hadapan lebih 100 tetamu undangan. Beliau mengabadikan gambar dirinya di atas sebuah papan styrofoam dengan solekan seperti pengantin perempuan bergaun merah. “Ada banyak alasan untuk menikah dengan diriku sendiri, terutama untuk mengungkapkan ketidakpuasan terhadap kenyataan, “kata Liu. Liu menafikan tuduhan sejumlah orang yang mengatakan bahawa beliau gay. Upacara perkahwinan berlangsung mengikut adat masyarakat China. Upacara juga dihadiri seorang pengiring pengantin perempuan dan seorang pengiring pengantin lelaki. Semua tradisi diikuti demi menghormati nenek moyang dan para tetamu yang hadir.
4) Berkahwin Dengan Robot
Seorang wanita bernama Bonnie Burton menjadikan watak atau robot R2-D2 daripada filem Star Wars sebagai pasangannya pada 13 Ogos (tahun tak pasti). Dan pasangan ini telah di nikahkan sendiri oleh Darth Maul pada upacara tersebut. Semakin maju teknologi kehadapan, semakin pelik tingkah laku manusia dekad ini.
5) Berkahwin Dengan Bantal
Cinta sejati tidak mengira bentuk dan rupa. Seperti yang dialami Lee Jin-gyu, lelaki yang berasal dari Korea ini memberanikan diri menikahi bantal ‘dakimakura’ kesayangannya yang dilekatkan gambar karakter anime. Bantal kesayangan Lee menampilkan karakter ‘Fate Testarossa’, yang diambil dari siri anime ‘gadis ajaib’ iaitu Mahou Shoujo Lyrical Nanoha. Pemuda 28 tahun yang diberi nama jolokan ‘otaku’ ini menikahi ‘mempelainya’ yang muncul dengan gaun pengantin. Perkahwinan pelik ini diadakan dengan sangat serius, lengkap dengan jurunikah dalam sebuah upacara khas dan mendapat liputan meluas dari pelbagai media.
Begitu pelik manusia zaman sekarang. Rasanya Tuhan dah menciptakan hambaNya berpasang pasangan tapi ada jugak nak berkahwin dengan menara, bantal & robot.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ish ish ish ish... pelik memang pelik... |
|
|
|
|
|
|
|
bangang |
|
|
|
|
|
|
|
sib baik blum lagi ada yg nak nikah ngan binatang ker apaa..... |
|
|
|
|
|
|
|
tak tercapai dek akalku.. |
|
|
|
|
|
|
|
donia sungguh berwarna warni kenzzzz...... |
|
|
|
|
|
|
|
haish.. ramai manusia gila tapi tak nak masuk wad gila.. |
|
|
|
|
|
|
|
kepuasan apa yg dapat tu ye? heheheheh |
|
|
|
|
|
|
|
dorang ni ada mental disorder ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa la nak kawen dgn benda2 yg tak bernyawa tuh? pelik2... |
|
|
|
|
|
|
|
dengan bantal tu yang nak tergelak tu....mabuk betul |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mn berkahwin dgn diri sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana nak dapat zuriat..tolong bagi pencerahan |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik Ada, bodo pon Ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
per lah yg nak dibuat ngan menara eiffel tu! |
|
|
|
|
|
|
|
iols nanti nak kawen dengan klcc |
|
|
|
|
|
|
|
kalu kawen dgn benda leh gak peluk2 brg..
kalu diri sendiri??
ayoyoyoyo... |
|
|
|
|
|
|
| |
|