CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9408|Reply: 27

Cara orang Melayu dulu-dulu beraya

[Copy link]
Post time 27-7-2011 04:22 PM | Show all posts |Read mode
Cara orang Melayu dulu-dulu beraya

Oleh Zin Mahmud

SEBELUM kedatangan sebarang agama ke Alam Melayu, penduduk di rantau ini seperti juga di lain-lain tempat di Asia Tenggara menganut kepercayaan alam roh, maknanya semua benda dipercayai ada roh, pokok, binatang dan lain-lain.

Maka roh paling utama ialah pada padi. Tanpa beras, orang Melayu akan mati.

Justeru perayaan paling besar tentunya ketika menyambut hari menuai padi. Seperti mana hari perayaan pribumi Sarawak, Sabah dan Orang Asli, maka begitu jugalah apa yang dilakukan oleh orang Melayu dan semua kaum di Nusantara.

Dipanggil sambutan ini sebagai Hari Raya kerana ia merujuk kepada kebesaran sesuatu perayaan. Ia merupakan hari meraikan atau merayakan kejayaan penanaman padi. Tetapi cara hidup orang Melayu kemudian berubah apabila mereka bukan saja menjadi masyarakat petani tetapi juga menjadi bangsa berdagang. Mereka mampu membina kapal-kapal besar untuk berlayar. Menjadi bangsa maritim bermula dengan keupayaan orang Melayu mewujudkan kerajaan di pesisiran pantai dan kuala sungai. Mereka membina pelabuhan bagi menarik kunjungan kapal-kapal dagang dari China, India, Parsi dan Arab.

Di sinilah munculnya kerajaan Sri Wijaya. Daripada kunjungan kapal-kapal ini, maka agama Hindu pun bertapak di alam Melayu. Sebagai bangsa maritim, orang Melayu sudah tidak lagi menyambut hari menuai sebagai hari kebesarannya yang utama. Dengan beragama Hindu, orang Melayu turut menyambut hari Perayaan Cahaya mengatasi Kegelapan. Dalam sambutan Diwali atau Deepavali, lampu-lampu dipasang di keliling rumah. Suatu amalan Hari Raya yang kini sudah menjadi sebahagian daripada budaya Melayu.

Merantau

Orang Melayu kuat merantau. mereka berlayar di sekitar kepulauan Melayu. Walaupun terdiri daripada banyak kerajaan, tetapi Nusantara adalah Dunia Melayu.

Maka setiap Hari Raya, mereka akan balik ke kampung halaman seboleh mungkin untuk menemui ibu, bapa dan sanak saudara. Amalan balik kampung menjadi suatu kemestian semasa Hari Raya kini terus diamalkan oleh orang Melayu.

Tetapi menarik untuk mengetahui bagaimanakah orang Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika mula memeluk agama Islam.

Cuba bayangkan bagaimana orang Melayu zaman kesultanan Melaka menyambut Hari Raya. Lebih-lebih lagi pada tahun pertama mereka memeluk Islam. Tentu sukar bagi istana Melaka, apatah lagi rakyatnya berpuasa.

Bagaimanakah pihak istana membuat keputusan untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai Hari Raya bagi orang Melayu? Mengapa mereka memilih Hari Raya Puasa dan bukannya Hari Raya Haji?

Dalam ibadat, dikatakan orang Melayu lebih menekankan tentang puasa berbanding ibadat lain. Pendakwah berjaya meyakinkan keseluruhan masyarakat Melayu supaya berpuasa, bertarawih dan mengharapkan Lailatul Qadar. Maka Hari Raya menjadi begitu bermakna bagi orang Melayu dengan dikaitkan dengan kejayaan beribadat puasa.

Pada Hari Raya pula, ulama Melayu dahulu membuat keputusan untuk mengambil takbir raya yang bernada syahdu. Ini kerana di lain-lain tempat, takbir mereka bernada semangat juang. Ini kerana takbir itu berasal daripada laungan semasa Perang Badar, yang kemudian diabadikan dalam sambutan meraikan kemenangan perang itu.

Tetapi bagi orang Melayu di Nusantara, nada takbir adalah berbentuk sayu dan sedih mengenangkan sanak saudara yang sudah tiada atau pergi tidak kembali. Ini kerana bagi masyarakat Melayu, balik kampung waktu Hari Raya adalah penting. Jika tidak dapat balik, maka si ibu atau bapa akan teringatkan anaknya terutama semasa takbir yang bernada sedih dan sayu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2011 06:26 PM | Show all posts
rasa2 puasa xde masalah sbab dgr citer puasa dlm agama hindu lagi perit.

good info tabik dengan ulama nusantara yg dpt mengislamkan org melayu
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 07:05 PM | Show all posts
Reply 2# shahaizat

Pernah tonton satu dokumentari, kalau tak silap cara puasa mereka yang beragama Hindu, mereka boleh minum air/susu dalam tempoh berpuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 07:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by shahaizat at 27-7-2011 19:19

Reply 3# TokMudim


    yup, tapi pernah cikgu india saya cakap diorang minum susu/air time malam jer....siang tak boleh, 3 hari pose.....tapi lagi bgus kalo ader org agama hindu clarify


dan kalo x silap sami india ader yg tak makan berbulan
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 09:33 AM | Show all posts
good info...10s tt..
baru tau naper takbir raye kite mendayu2 jer....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 12:54 PM | Show all posts
baru tau ari ni....TT raya taun ni balik kg tak ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2011 03:13 PM | Show all posts
Reply  shahaizat

Pernah tonton satu dokumentari, kalau tak silap cara puasa mereka yang beragama ...
TokMudim Post at 27-7-2011 19:05



    yup, rasanya majalah3 yg buat..
teringat dulu masa form1, rakan sekelas ckp, bangsa dia pun puasa gak. cuma hanya minum air di waktu malam..
dia tu berbangsa Dusun, kalau kat sabah mungkin bangsa KedazanDusun
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 10:46 PM | Show all posts
org nusantara bila pagi raya bertangis2 an time mintak maaf, takbir pun mendayu & syahdu
sepatutnya kita bergembira meraikan kejayaan mengerjakan puasa selama sebulan
tapi nak wat mcm mana kan...dah mcm tu tradisi yg diamalkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2011 02:30 AM | Show all posts
bab menangis & mendayu2 tatkala takbir raya nie sudah ditegur oleh Dr MAZA (bekas mufti Perlis).... sepatutnya raya disambut dgn perasaan bangga kerana kemenangan menundukkan nafsu......
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 02:42 AM | Show all posts
klu tgk dlm movie tamil pun ader yg pose tak leh bercakap dlm tempoh tertentu...mohon penerangan yg lebih lanjut...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 11:35 AM | Show all posts
bab menangis & mendayu2 tatkala takbir raya nie sudah ditegur oleh Dr MAZA (bekas mufti Perlis)....  ...
Acong Post at 29-7-2011 02:30



pandai kau Acong
suka dgr kuliah DR MAZA ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 12:45 PM | Show all posts
patut la time raya org melayu suka pakai pelita...baru aku tau.......
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 03:53 PM | Show all posts
pandai kau Acong
suka dgr kuliah DR MAZA ke?
starcity Post at 29-7-2011 11:35
dr maza very da best....!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 04:44 PM | Show all posts
main meriam buluh,mercun etc,,mmg aku rasa dari zaman sbelum Islam lag
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 04:46 PM | Show all posts
ketupat salah satu makanan wajib di pagi raya, merupakan satu 'ciptaan' pelaut2 melayu yg hendak makan nasi semasa belayar jauh.
ketupat boleh tahan lama berbanding dgn nasi biasa
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 09:35 PM | Show all posts
nusantara kita tradisi kita.

ada yang gembira bila bertakbir, katanya meraikan kemenangan.

ada yang bersedih dan mendayu takbirnya, kerana ramadhan telah berlalu.

apapun, cara tradisi yang dibawa oleh wali-wali dahulu memang sesuai dengan orang kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2011 09:43 PM | Show all posts
belum puasa dh terasa debaran berhari raya..

terbaik TT
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 05:46 PM | Show all posts
Dulu org2 kmpung aku masih amalkan konvoi setiap umah gi beraya...
Tu smua yg bujang2 la... la ni smua dh jdik bpk org... lmpu leko kt kg pun dh tdak.
Ganti dgn tiang lmpu letrik...;)
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 09:32 PM | Show all posts
macam mana org dulu2 buat kuih raya? tengok resepi tradisi byk yg leceh nk buat..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 11:35 PM | Show all posts
Apa yang aku tau di zaman dulu,ada istiadat yang disebut menjunjung duli.

Selepas menunaikan sembahyang sunat Aidilfiti,semua pembesar pusat dan pembesar daerah akan berkumpul di istana dan memohon ampun dari baginda sultan diikuti dengan sesi bermaaf-maafan sesama mereka.Barang siapa di kalangan pembesar tersebut yang gagal menghadiri istiadat ini dengan sengaja,boleh disabitkan dengan tuduhan cuba menderhaka.Rasanya korang pun tau apa hukumannya kepada para penderhaka di zaman tu.

Kalau rasanya info yang aku sebut di atas tak betul atau tak tepat,harap rakan-rakan yang lebih arif dapat betulkan.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.057689 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list