CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

Jangan hanya kejar populariti

[Copy link]
Post time 29-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Hasnul siapkan dokumentari P Ramlee, kembali berlakonSELAIN Aaron Aziz dan Adi Putra, seorang lagi pelakon kelahiran Singapura, Hasnul Rahmat sepatutnya lebih menonjol atau sebaris dengan mereka dalam lakonan filem, mahupun drama. \rNamun, selepas membintangi filem KL Menjerit dan Rock kira-kira enam tahun lalu, nama Hasnul seolah-olah terpadam dalam senarai pelakon pilihan pengarah dan produser. \r\n\n\n\n\rMalah Hasnol tidak pernah menjadikan soal ketinggalan daripada dua rakannya itu sebagai penghalang untuk dia terus bertapak kukuh dalam bidang lakonan walaupun ketika ini penonton lebih mengenali Aaron dan Adi. \r\r\n\n\n\n\nBaginya, setiap individu memiliki karektor dan bakatnya tersendiri untuk dikenali dalam bidang diceburi, tetapi dirinya lebih bersifat sederhana dalam lakonan agar tidak dianggap mengejar populariti semata-mata.\r“Dulu saya warga Singapura tetapi kini sudah lebih setahun jadi rakyat Malaysia. Setiap orang ada bakat tersendiri, bagi saya biarlah orang mengenali kerana bakat lakonan. Tak salah mengejar populariti tetapi biarlah ia seiring dengan bakat. Jangan hanya kejar populariti tetapi bakat entah ke mana,” katanya.\rMula dikenali sekitar tahun 2002, Hasnol mula bertapak dalam bidang lakonan ketika membintangi filem KL Menjerit, namun bakat pengarahan dan penulisan skripnya lebih dikenali sebelum itu lagi. \rSetelah sekian lama menyepi dalam dunia lakonan, Hasnol membintangi drama dan filem termasuk telefilem terbaru, Tunggu Sekejap.\r\n\n\n\n\r“Saya baru selesai penggambaran filem Tanda Putra Negara dan Hanyut. Sekarang tengah sibuk dengan telefilem ini selama 11 hari. Sebelum ini saya terbabit dengan drama Ketupat Cinta dan Sekering Jiwa Ente yang akan disiarkan untuk Aidilfitri nanti,” jelasnya.\rHasnol kini turut mengorak langkah ke satu fasa baru dengan menceburi pembikinan dokumentari. Dia sekarang gigih menghasilkan dokumentari berjudul Sejarah Perfileman Melayu di Zaman Penjajahan Jepun sehingga mendorongnya untuk membuat kajian di Jepun.\r“Sekarang dalam proses menyiapkan dokumentari itu dan Insya-Allah lepas raya akan diterbitkan. Idea ini timbul setelah tengok filem-filem Tan Sri P Ramlee. Saya buat dokumentari ini berdasarkan fakta sebenar sehingga membawa saya ke Kyoto, Jepun untuk mengkaji dan melihat sendiri perkembangan industri filem ketika itu,” jelasnya.\rWalaupun masih di peringkat percubaan, namun Hasnol bertekad untuk menghasilkan lebih banyak karya dokumentarinya berkisar tentang budaya dan sejarah perfileman tempatan.\rDalam pada itu, jarak dan masa yang terbatas tidak pernah menghalang pasangan Hasnol, 40 dan isterinya, Farah Mardani, 32, untuk hidup bahagia, malah setelah setahun mendirikan rumah tangga, perhubungan mereka semakin erat walaupun berjauhan.\rMengakui faktor jarak antara mereka mengundang kerinduan, namun Hasnol tetap berasa bahagia kerana masing-masing saling memahami dan tidak pernah menganggap itu sebagai halangan.\r“Dia sekarang di Jogjakarta bertugas di Arkib Nasional Indonesia dalam bidang seni. Alhamdulilah faktor jarak tak pernah menjadi halangan dalam perhubungan kami, malah semakin intim dan bertambah rindu membuatkan kita semakin sayang,” jelasnya yang masih masih menantikan kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka.\rFuad penuh emosi\rMelakonkan watak Fuad dalam telefilem, Tunggu Sekejap memberi cabaran buat dirinya kerana ia membabitkan karektor seorang lelaki yang kejam dan mempunyai keinginan yang tinggi.\r“Fuad memberi kesan pada saya kerana sikap ego dan kejahatannya membuatkan penonton benci, malah sikapnya yang suka mendera isterinya, Amirah agak keterlaluan. Pada luarannya Fuad ini nampak baik tetapi dalam dirinya dialah raja dan mahu memiliki segala-galanya yang akhirnya memakan dirinya sendiri,” katanya.\rTelefilem ini mengisahkan permintaan Adli lakonan Fizo Omar kepada kekasihnya, Amirah (Eira Syazira) supaya sabar menanti saat mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri kerana Adli mahu mengubah hidupnya yang dalam kesempitan.\rNamun, sesuatu yang tidak disangka berlaku apabila Amirah terpaksa berkahwin dengan Fuad yang merogolnya dan Amirah bertindak merahsiakan kejadian itu daripada Adli.  \rKehidupan Amirah berubah dan sering menjadi mangsa kejahatan Fuad, namun kerana cintanya kepada Adli, Amirah bertekad mahu menjelaskan segala-galanya tetapi tidak diterima Adli.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.883238 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list