View: 98|Reply: 0
|
Cari penaja anjur Piala Monsun
[Copy link]
|
|
Shabery minta usah bergantung selama-lamanya kepada peruntukan kerajaan\rLANGKAH mahu menjimatkan RM20 juta setahun mendorong kerajaan meminta pihak penganjur Kejohanan Perahu Layar Piala Monsun iaitu T-Best Event Sdn Bhd mencari penaja menampung kos berkenaan.\r\n\n\n\n\r Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata penganjur tidak boleh bergantung selama-lamanya kepada peruntukan kerajaan kerana jumlah wang diperuntukkan setiap tahun itu lebih wajar digunakan untuk pembangunan sukan pelayaran di peringkat akar umbi. \r\r\n\n\n\n\n Beliau menggesa T-Best Event Sdn Bhd meningkatkan usaha mempromosi menarik minat syarikat swasta sama ada dari dalam mahu pun luar negeri untuk menaja penganjuran Piala Monsun, pada masa depan seperti mana penganjuran Le Tour de Langkawi dan Formula Satu (F1).\r“Saya berpendapat dalam acara yang dapat memberi pulangan pelaburan tinggi seperti Piala Monsun sepatutnya menjadi program yang boleh berdiri dan hidup sendiri tanpa perlu bergantung peruntukan atau bantuan kerajaan.\r“Malah, syarikat korporat dan swasta mesti berlumba-lumba untuk menaja Piala Monsun kerana ia amat menguntungkan, manakala kerajaan boleh menggunakan peruntukan sedia ada untuk acara lain dan antara tugas besar kementerian adalah untuk membangunkan atlit sama ada dalam sukan pelayaran dan bidang lain,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan pulangan pelaburan (ROI) Piala Monsun 2010 di Putrajaya, semalam.\rApa pun, Ahmad Shabery menegaskan bagi tahun ini, kerajaan tetap akan menyalurkan peruntuk tahunan RM20 juta seperti dijanjikan sebelum ini.\r\n\n\n\n\rDia juga mengumumkan Piala Monsun 2010 berjaya menjana ROI atau nilai penjenamaan lebih RM834 juta iaitu 31 kali ganda daripada nilai pelaburan RM27 juta, tahun lalu. Liputan media membabitkan RM545 juta serta menjana pendapatan ekonomi setempat RM13 juta disamping menyediakan lebih 1,700 peluang pekerjaan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|