NEW YORK - Gaya seorang model kanak-kanak yang baru berusia 10 tahun yang dipaparkan dalam majalah Vogue Enfants telah mencetuskan kejutan dalam industri peragaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Gaya kanak-kanak itu, Thylane Lena-Rose Blondeau yang semakin menjadi sebutan dalam arena fesyen telah menimbulkan kontroversi kerana dia memaparkan gaya tarikan seksual seperti individu berusia dua kali ganda umurnya.
Thylane telah muncul dalam pelbagai kempen dan imejnya tersebar luas di Internet.
Kejelitaan wajah kanak-kanak dari Perancis itu pernah menghiasi muka depan majalah Vogue Enfants dalam edisi khas.
Dilahirkan di Ivory Coast, Thylane merupakan anak pasangan pemain bola sepak pasukan Perancis, Patrick Blondeau dan pelakon Véronika Loubry.
Seorang perunding psikologi, Dr. Emma Gray menyatakan bahawa gambar itu menunjukkan kanak-kanak berkenaan didedahkan dalam dunia orang dewasa.
Menurutnya, sebelum kanak-kanak didedahkan dengan dunia seperti itu, orang dewasa perlu mencipta suasana yang memberikan golongan tersebut masa dan ruang selain memupuk perkembangan fizikal serta psikologi. - Agensi
terlalu cepat nak masuk alam dewasa...takut nanti ada krisis bile membesar nanti
nape la makbapak nyer boleh bagi anak die pakai camtu. jadik model kiko je sudeh la...
cian dia.. tak mengecapi zaman kanak kanak yang normal...
hopefully, dia tak mengalami tekanan jiwa biler dah dewasa karang...
kengkadang early exposure cam ni bahaya utk bebudak...
tu la... ada satu rancangan mcm beauty pageants tp utk kanak2 tuh... masalahnyer bdk2 tu di make up over sgt sampai nampak mcm perempuan dewasa yg bantut... pastu mak2 diorg punya la obses ngan kecantikkan anak2 diorg tu sampai suruh anak diet, suntik botox etc...
tu la susahnya bila skema msyrkt skrg ni hanya memandang pada kecantikkan.... yg cantik je dapat kerja, yg dipuja, yg dihormati, yg disayangi....
Kesian dia diexploitasi oleh orang dewasa. The issue is not bcoz she is an underage model. Apa yg menjadi issue ialah cara kanak-kanak tersebut pose seperti org wanita dewasa dan penggunaan heavy make-up.