CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2324|Reply: 3

Melangkah ke Alam Business

[Copy link]
Post time 11-8-2011 03:22 PM | Show all posts |Read mode
Mari kita bincang sedikit mengenai kehidupan kita dari segi aspek business. Bagi saya ianya mempunyai 2 golongan

1. PEMIMPIN
2. DIPIMPIN

Perbezaan diantara kedua-dua golongan ini ialah
PEMIMPIN - seorang yang dipercayai dapat membantu orang yang dipimpin dan mempunyai suatu karisma yang elegen dengan hanya perwatakan, gaya, cara bercakap dan juga dari segi penulisan. Sesetengahnya memang telah dilahirkan untuk memimpin.
DIPIMPIN - Orang-orang yang memerlukan suatu sokongan agar mereka akhirnya dapat berpijak dengan kaki sendiri. Mereka ini terdiri pula kepada 2 golongan iaitu BERJAYA & TIDAK BERJAYA. Itu bergantung kepada kesungguhan mereka untuk menentukan nasib mereka sendiri. Kelebihan org yang dipimpin pula ialah mereka pula akan menjadi PEMIMPIN sekiranya BERJAYA.

PERSOALANNYA ANDA DIMANA????

BUSINESS
Busines bagi saya terbahagi kepada dua iaitu PASIF dan juga AKTIF. Apekah pula perbezaannya??
PASIF - Seseorang itu hanya menjadi silent partner atau lebih dikenali sebagai investor. Segala hasil yang diperolehi adelah hasil daripada pelaburan yang telah dibuat. Hanya goyang kaki tunggu duit masuk.
AKTIF - Seseorang itu mengusahakan apa jua business yang dilakukan olehnya. Keuntungannya adelah bergantung kepada usahanya sendiri.

JIKA anda betul-betul meminati bidang ini. Langkah yang pertama yang perlu anda tahu ialah 2 Perkara diatas yang telah saya terangkan. Saya akan tunjukan perbezaanya

Jika anda :-
PEMIMPIN + PASIF = ini adalah bagi kategori seorang tokey-tokey besar yang dah tentunya mempunyai modal yang besar dengan membuat pelaburan ke syarikat-syarikat yang besar dan dikenali. Jawapanya :- DAH TENTU SENANG. Antara contoh :- Pemegang-pemegang saham company besar seperti petronas,TM,TNB dan sebagainya

PEMIMPIN + AKTIF = Ini pula adelah kategori mereka mempunyai idea-idea kreatif sendiri untuk menjalankan perniagaan untuk menjadikan mereka menjalani kehidupan yang lebih senang. jawapannya :- Mempunyai masa depan yang cerah. Antara contoh :- Usahawan kosmetik, MLM, Pengasas Affiliate dan sebagainya

Jika anda org yang dikategorikan sebagai DIPIMPIN. Dimane ingin anda kategorikan PASIF @ AKTIF???

Jika anda bertanyakan kepada saya, terus terang saya katakan saya berada ditahap DIPIMPIN + AKTIF!!!

Esok sy akan kongsikan pula beberapa topik menarik antaranya STRATEGI PEMASARAN.

IslaNetwork@iskandar
Join Mygroup at KelabJutawan, Emel sy di :- [email protected]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 09:46 PM | Show all posts
bagus....tp kurang dpt sambutan kot kat board ni compare dgn board C.I...

sy juga dipimpin dak aktif...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2011 03:56 PM | Show all posts
Hari ini kita sentuh sedikit mengenai beberapa perkara dalam pengurusan suatu perniagaan. Ape yang penting adalah Analisis dan Perancangan.
Saya ambil contoh pengalaman business yang pernah saya lalui. Sebagai seorang yang sudah mempunyai pekerjaan yang tetap dan mahu menjalankan suatu bisnes, sy perlu mengenalpasti ape yang saya patut lakukan. Jadi yang pertama skali ialah ANALISIS diri saya dahulu.

- mempunyai kerja tetap
- mempunyai masa yang terhad

Selepas itu saya mula merancang ape pula business yang sesuai dengan saya. First business yang saya cuba ialah berniaga burger selepas waktu kerja. Cabarannya disini ialah :- MODAL , MASA , KAWASAN & PERSAINGAN.

1) Modal paling miminum untuk berniaga RM5000.00 yang merangkumi :-
- Kos barangan :- Stall, roti, daging, tong gas, dapur gas, termasuk barangan basah yang lain.
- Kos Modal Pusingan :- Pusingan harian bergantung kepada keuntungan semasa.

2) Masa pula memainkan peranan juga. Waktu kerja saya dari 8.30am - 5.30ptg, belum termasuk masa perjalanan pergi dan pulang sewaktu bekerja. Paling awal boleh sampai ke rumah sekitar 6.30ptg - 8.30mlm bergantung keadaan trafik. Berniaga burger pula antara 9.00mlm - 1 atau 2 pagi. Sebagai seorang yang sudah berumah tangga dan mempunyai pekerjaan yang tetap, adakah masa ini relevan untuk saya. Bagi saya kurang sesuai kerana kurang masa untuk bersama dengan keluarga saya dan masa rehat.

3) Kawasan berniaga burger memerlukan kawasan berpendudukan yang padat. Yang paling sesuai adalah di kawasan-kawasan rumah flat, kawasan bangunan perniagaan, area kedai mamak 24 hours.

4) Last sekali Persaingan sudah tentunya dikawasan-kawasan ini akan mempunyai persaingannya. Persaingan melalui harga dan kepuasan pelanggan.

Selepas 2 perkara ini saya lakukan, saya dapati perniagaan burger dan seangakatan dengannya adalah tidak sesuai dengan saya. ANDA BAGAIMANA ???

add fanpage facebook saya : IslaNetwork@KelabJutawan

IslaNetwork@iskandar
Join Mygroup at KelabJutawan, Emel sy di :- [email protected]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2011 11:56 AM | Show all posts
Salam/salam sejahtera semua

Bertemu lagi kita di pagi yang mulia dibulan ramadhan ini. Diharapkan semua tidak kira banga dan juga agama dalam keadaan sihat sejahtera. Pagi ni terlintas dihati saya untuk membicarakan mengenai suatu perkara dalam alam perniagaan. Jika benar saudara/saudari ingin memulakan perniagaan tidak kira la ape jua perniagan yang pentingnya adalah MINAT. MINAT juga merupakan perkara penting kerana melaluinya fikiran kita akan lebih meluas. Dari situ banyak idea-idea yang kadang-kadang mungkin saudara/saudari semua rasakan mustahil untuk dilakukan. Minat yang mendalam dalam bidang perniagaan membuatkan kita akan lebiih berusaha untuk mencapai kejayaan. Sudah tentunya banyak halangan yang bakal ditempuh dalam mencapai kejayaan. Jika anda bertanyakan tokoh-tokoh perniagaan yang sudah berjaya, kebanyakannya tentu akan menceritakan pahit getirnya pada awal memulakan perniagaan. Berkat usaha dan pengalaman itulah yang menjadikan seseorang itu berjaya.

Panjang pula mukadimah pagi nih.. Saya sambungkan pula mengenai apa yang perlu ade pada diri kita sendiri apabila memulakan perniagaan. Ape yang ingin saya sampaikan adalah SIKAP kita.

JUJUR
- apabila kita memulakan perniagaan, kita akan berurusan dengan orang ramai ini kerana orang ramai inilah yang dikatakan akan memberikan kita pendapatan. Bagaimana mahu kan keuntungan jika tiada yang membelinyakan. jadinya kejujuran diantara kita dengan para pelanggan amatlah diperlukan.

JANGAN SOMBONG
- Teringat saya akan kata seseorang kepada saya, Jika mahukan kejayaan janganlah kamu berlagak sombong kerana kelak bila kamu dah berjaya, kegagalan bakal menjemputmu.

BERSEDEKAH
- Perbanyakkan lah sedekah kepada yang memerlukan tidak kira bangsa dan juga agama. Ianya juga sebagai sokongan kepada perniagaan yang kita jalankan.

SENTIASA BERWASPADA
- Walaupun kita jujur, tapi itu tidak menghalang kita dari berwaspada kerana kadang-kadang ade orang yang sentiasa mencari peluang mempergunakan kejujuran yang kita tunjukan bagi tujuan yang tidak baik.

Inilah beberapa perkara yang ingin saya ingin kongsikan dengan saudara/saudari sekalian. InsyaAllah nnt sy akan update dan kongsikan lagi tips,serta pengalaman.

IslaNetwork@iskandar
Join Mygroup at KelabJutawan, Emel sy di :- [email protected]
Myfacebook :- iskandar ajoi / IslaNetwork@KelabJutawan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.040659 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list