|
Pisah? Tukar?2011/08/14\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKegagalan pasangan Kien Keat-Boon Heong undang pelbagai spekulasi\rPISAHKAN mereka atau tukar jurulatih. Itu antara tindakan drastik yang kedengaran sebaik pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (kiri) ditunjuk jalan keluar pada suku akhir Kejohanan Dunia di Arena Wembley, kelmarin.\r\n\n\n\n\rCadangan itu timbul selepas ramai begitu kecewa melihat persembahan hambar gandinganitu ketika tunduk buat kali kelima kepada beregu kedua Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Yeon Seong Seong, 17-21, 13-21.\r\r\n\n\n\n\nNamun, bukan semudah itu untuk memecahkan gandingan mereka, atau menukar jurulatih sedia ada, Rexy Mainaky dengan jurulatih baru kerana ia perlukan kajian menyeluruh. Tambahan pula, sasaran utama - Sukan Olimpik 2012 - berbaki tidak sampai setahun dan kutipan mata untuk melayakkan diri ke temasya berprestij itu sedang berjalan.\rHanya satu perkara yang perlu dilakukan ketika ini iaitu mengubah corak latihan kerana apa yang diperhatikan, Kien Keat-Boon Heng tidak sepantas dan bertenaga berbanding beregu Korea Selatan, China dan Jepun.\rDitanya mengenai permainannya yang agak mendatar pada awal set kedua hingga ketinggalan 1-5 sebelum menyamakan kedudukan 7-7, Chong Wei berkata, Chen Jin menukar corak permainannya. \r“Selepas menyamakan kedudukan dan menyerap asakannya, saya tidak menoleh ke belakang lagi dengan mengasaknya dan lebih pantas mematikan bulu tangkis,” katanya yang belum tewas sebarang set dalam laluannya ke final.\r\n\n\n\n\rSementara itu, jurulatih Tey Seu Bock menyifatkan perlawanan menentang Chen Jin adalah persiapan terbaik Chong Wei untuk menghadapi final selepas tidak dicabar sengit sebelum ini.\r“Walaupun mata diperoleh Chen Jin sedikit, dia sebenarnya memberi saingan dan tekanan kepada Chong Wei. Jadi, dia perlu lebih fokus andai mahu memenangi final esok (hari ini),” katanya.\rChong Wei akan menentang pemenang perlawanan antara juara dunia tiga kali, Lin Dan atau Peter Gade Christensen pada final hari ini selepas pertemuan separuh akhir kedua-dua pemain itu berlangsung awal pagi tadi.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|