|
Cabaran Universiade 2011 berakhir tanpa sebarang kilauan pingat\rSEMUA yang dicitakan sebelum ini tidak menjadi kenyataan ketika skuad memanah negara mengakhiri saingan di Universiade 2011 Shenzhen di lapangan memanah Shenwan tanpa sebarang kilauan pingat, semalam.\r\n\n\n\n\r Seperti jangkaan, pemanah Korea Selatan terus menjadi batu penghalang utama negara dengan sandaran utama, Cheng Chu Sian sekadar menamatkan saingan individu di suku akhir.\r\r\n\n\n\n\n Langkahan pemanah Olimpik negara itu disekat pemanah utama Korea, Kim Woo Jin dengan keputusan 6-2 manakala laluan pemanah terbaik wanita negara, Shahira Abdul Halim juga dinafikan pilihan pertama dari Korea, Ki Bao Bae, 6-0. \r“Secara peribadi, saya memang tidak berpuas hati tapi melangkah ke suku akhir sudah cukup baik,” kata Chu Sian. “Apa yang utama, saya mampu memberi tekanan kepada mereka (Korea).\r“Sejak dulu lagi, mereka tidak selesa berjumpa pemanah Malaysia ia sesuatu yang boleh dibanggakan,” katanya sambil menambah dia kurang bersedia ketika menghadapi saingan individu, semalam.\rBagi ketua jurulatih negara, Lee Jae Hyung, sekalipun pencapaian anak buahnya gagal menepati sasaran awal, ia tetap dianggap satu pencapaian. \r\n\n\n\n\r“Saya perhatikan mereka sudah melakukan yang terbaik tetapi ia tidak mencukupi,” kata Jae Hyung. “Memanah bukan seperti sukan lain. Sukar untuk kita mengagak, malah juara dunia juga boleh kalah andai tidak bersedia.”\rSelain Chu Sian, negara turut meletakkan sandaran kepada Mohd Izzuddin Abd Rahim dan Wan Khalmizam Wan tetapi kedua-duanya kecundang di peringkat kumpulan manakala dua pemanah wanita, Siti Soleha Mohd Yusof dan Noor Aziera Taip sekadar menamatkan saingan di perlawanan pertama pusingan kedua.\rSkuad memanah compound turut mengakhiri cabaran dengan nota duka dalam kedua-dua acara berpasukan lelaki dan wanita apabila terkandas di suku akhir.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|