|
Dijadual berdepan Murray dalam final Terbuka CincinnatiMASON, Ohio: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic tampak di landasan tepat untuk menjulang kejuaraan keenam daripada enam kejohanan Masters apabila dijadual berdepan pemain Britain, Andy Murray dalam final Terbuka Cincinnati tetapi kedua-dua pemain berkata, tubuh mereka mula menerima kesan keletihan.\rDjokovic yang mengumpul rekod kemenangan 57-1 musim ini, sudah pun menjuarai sembilan kejohanan dalam musim yang menyaksikan penguasaan sepenuhnya dalam sukan itu dan pilihan terbaik untuk menjulang kejuaraan Terbuka AS, yang bermula 29 Ogos ini.\r\n\n\n\n\r Pemain Serbia itu menempah tiket final hasil kemenangan ke atas pemain Republik Czech, Tomas Berdych selepas lawannya itu terpaksa menamatkan saingan lebih awal kerana kecederaan bahu, selepas tewas di set pertama 7-5.\r\r\n\n\n\n\n Walaupun berada hampir 52 minit di atas gelanggang, Djokovic yang turut dibelenggu masalah kecederaan bahu, berkata dia tidak berada pada tahap puncak menjelang perlawanan akhir nanti.\r“Secara jujur, saya tidaklah 100 peratus cergas tetapi saya akan turun ke gelanggang dan cuba melakukan yang terbaik untuk menang setiap perlawanan. Saya tahu saya lebih cergas minggu lalu.\r“Tetapi kini saya berada dalam satu lagi final, jadi ini satu pencapaian. Saya harap cuaca tidak akan terlalu panas. Kami mempunyai rekod perseteruan yang menarik, sama usia, sama generasi dan gembira dapat bertemunya (Murray) di final sekali lagi.”\rMurray menewaskan pemain tuan rumah, Mardy Fish dalam satu lagi separuh akhir tetapi berkata dia turut dibelenggu masalah kecergasan.\r\n\n\n\n\r“Saya berhempas pulas. Ini mengecewakan kerana saya tidak pernah terpaksa bekerja keras seperti ini sejak sekian lama,” kata pemain Scotland itu.\rMereka pernah bertemu di final Terbuka Australia, Januari lalu di mana Djokovic menang muda dan pemain Serbia itu turut bergelar pemenang ketika bertemu di separuh akhir Rome, empat bulan kemudian. – Reuters\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|