CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19475|Reply: 120

Negeri Negeri Melayu Tidak Pernah Dijajah [Merge]

[Copy link]
Post time 22-7-2007 10:20 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by winamp05 at 20-9-2011 10:34

Malam tadi Sultan Pahang (dalam berita Buletin Utama) bertitah sewaktu merasmikan "kolokium" sejarah bahawa negeri-negeri Melayu sebenarnya tidak pernah dijajah...sebenarnya negeri-negeri Melayu hanya "dinaungi" oleh British yang bermaksud negeri-negeri Melayu hanya "berlindung" dibawah British...hanya negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sahaja yang dijajah secara langsung oleh British.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2007 11:37 AM | Show all posts
Berikut petikan dalam Berita Minggu hari ni berkenaan majlis tersebut...

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, menasihatkan pelajar memahami dan menghayati pengertian kemerdekaan yang terhasil daripada pengorbanan tokoh pejuang negara dengan memikul tanggungjawab sepenuhnya untuk mengisi kemerdekaan.

Baginda berkata demikian ketika melancarkan Kolokium Kemerdekaan Malaysia ke-50, di Pusat Aktiviti Kebudayaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dekat sini, semalam, yang disasarkan kepada pelajar untuk membentuk jati diri dan menerapkan semangat kemerdekaan.

Pelancaran dihadiri lebih 2,000 peserta itu diselitkan dengan sorotan sejarah mengenai tokoh kemerdekaan negara dan sejarah perjuangan mereka.

Kolokium anjuran Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu terbahagi kepada empat sesi yang membincangkan mengenai penyertaan golongan muda dalam mengisi kemerdekaan, dimensi intelek dalam mengisi kemerdekaan, peranan wanita dan ekonomi pasca merdeka dengan diakhiri ulasan ahli panel.

Antara yang dijemput sebagai penceramah dan ahli panel adalah Presiden UIAM, Tan Sri Sanusi Junid; Pengerusi BNBBC, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Omar; Rektor Kolej Yayasan Melaka, Datuk Dr Ramlah Adam; Tokoh Akademik, Prof Emiritus Datuk Dr Khoo Kay Kim, Datin Paduka Sharifah Mazlina dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Yusri Mohamad.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 11:39 AM | Show all posts

Reply #1 tongkatali's post

Dalam berita surat khabar takde pulak petikan ucapan sultan Pahang masa perasmian seperti yang dilapor dalam Buletin Utama malam tadi
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 12:22 PM | Show all posts
Negeri Naugan Macam Johor....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 12:35 PM | Show all posts
forgive me if i'm wrong, tapi aku konpius sket.  kalau semua keputusan dibuat oleh Inggeris, Inggeris yang menentukan segala dasar (Residen)..tu bukan jajahan dah ke?  kalau naungan tu, cam setakat Penasihat aje ler..cam kat Johor.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 02:28 PM | Show all posts

Reply #5 Vvenus's post

btol...

macam johor..

ngeri2 lain.. suma di jajah..

kalo macam 2..

malaya neh dlu bernaung aja la..

bukan di jajah..

kalo kita di naungi.. napa kita panggil dorang penjajah..

panggil r dorang tuh penaung..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2007 03:27 PM | Show all posts
Putrajaya kut...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 03:31 PM | Show all posts
Sort of...negeri-negeri melayu bersekutu masih diperintah pemerintah tempatan (sultan) - walaupun lebihkurang boneka sahaja, British tidak menguasai 100%. Negeri melayu x bersekutu seperti Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu pula lebih kepada 'protectorate' (naungan?) British. Manakala Melaka dan Pulau Pinang adalah 100% koloni (tanah jajahan) Inggeris. Sabah pula diperintah syarikat manakala Sarawak diperintah orang perseorangan yang tiada kaitan terus dengan London.

Jadi dari satu segi Malaysia memang tak dijajah...dan sebab itu juga kenapa Malayan Union ditentang..salah satu sebabnya ialah MU akan menjadikan Tanah Melayu 100% tanah jajahan British.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2007 03:42 PM | Show all posts

Reply #8 alphawolf's post

hhehehe..

ye ka..??

tp xpe laa...

dah dkt 50 thn dah merdeka..

harap2 paham aa erti merdeka th
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 04:35 PM | Show all posts

Reply #9 selendangmerah's post

Ya betul...samada dinaung atau dijajah...sama aje situasinya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 11:25 AM | Show all posts
Titah Tuanku Sultan Pahang itu sebenarnya amat berani dan membuka mata semua pihak tentang hakikat sebenar yang berlaku di Negeri-Negeri Melayu terutama sekali di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Johor, Kelantan, Kedah dan Perlis bahawa negeri-negeri ini tidak termasuk dalam 'koloni" British....negeri-negeri ini hanya ber'naung" di bawah Empayar British...mudah kata macam sekarang di mana Negeri-Negeri Melayu dalam Malaysia lah.
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 23-7-2007 11:32 AM | Show all posts
memang betul kerana negeri2 Selat aje yg dijajah oleh British dan meletakkan pemerintahan Negeri Selat dibawah Gabenor di India dan Kemudian berpindah ke Temasik..negeri2 lain hanya naungan sahaja kerana ketua negeri masih lagi Tuanku Sultan cuma baginda dipaksa menerima residen British sahaja..maksudnya..Negeri kita punya kuasa pada orang layen..berbeza dengan Negeri Selat..negeri diorang punya kuasa pun sama..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 11:53 AM | Show all posts
Satu lagi fakta yang patut diperbetulkan...."negara kita telah dijajah selama lebih 400 tahun", seperti yang terdapat dalam buku teks sejarah sekolah Menengah. Yang dijajah selama lebih 400 tahun hanyalah Melaka (...yang dijajah Portugis dan kemudiannya Belanda), itupun hanya disekitar "Kota" Melaka. Negeri-negeri Melayu yang lain kekal MERDEKA bahkan masih wujud empayar-empayar Melayu yang besar seperti Empayar Johor dan Empayar Kesultanan Melayu Patani ( Empayar Patani mencapai kekemuncak pada sekita abad ke-17 di mana pada masa tersebut terdapat 43 buah negeri Melayu yang bernaung dibawahnya)....jadi di mana "betul"nya fakta Malaysia telah dijajah selama lebih 400 tahun....
...harap lepas ni Sultan Pahang dapat memperbetulkannya

[ Last edited by  tongkatali at 23-7-2007 11:54 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 12:12 PM | Show all posts
apa yang berlaku di tanah melayu satu masa dulu adalah sama seperti yang berlaku diiraq dan afghanistan, mereka nampak tidak menjajah tetapi setiap keputusan mesti melalui residen, penasihat atau wakil dari bangsa mereka yang dilantik oleh kerajaan mereka, kalau macam tu mat kilau, tok bahaman, tok gajah satu masa dulu mereka berjuang menentang sapa? sultan atau inggeris, ataupun ada unsur-unsur mengubahsuai sejarah bahawa inggeris banyak membantu dan memakmurkan tanah melayu dan mereka yang berstatus pejuang hendak dilabelkan sebagai penderhaka dimana perjuangan mereka tidak perlu diingati
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 12:16 PM | Show all posts
Itu cume istilah,,

hakikatnya sama aje...

MMG dijajah lahir & batin,,sampai skrg..

sampai skrg pakai sistem pemerintahan British lagi,...

tak ke dijajah nama nya tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 12:27 PM | Show all posts
apa beza negeri bersekutu dan negeri tak bersekutu?

just wondering cause brunei pun mengambil keputusan untuk menjadi negeri naungan british pada tahun 1906-1984 untuk mengelakkan 'kepupusan' akibat 'kerakusan' Dinasti Brooke di Sarawak dan Syarikat Borneo Utara di Sabah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2007 04:43 PM | Show all posts
jadi adakah selepas ni semua buku sejarah akan dieditkan berdasarkan kolokium ini. kalau kita hanya dinaungi, kenapa semua hasil ekonomi semenanjung di kaut oleh org putih? dan kalau kita hanya dinaungi, kenapa atuk dan nenek kita kena nanyi god save the queen bukan Allah selamatkan Tuanku?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2007 06:35 PM | Show all posts
..lega kalau naungan jer...sultan melayu muslim pemerintah negeri. anggota polis&tentera yg gugur seblum merdeka,mati menegakkan panji2 negara (negara???..pd masa tu)....atau utk gabenor tanah jajahan British?. Slalu konpius,polis&askar dulu service utk sapa?? British @Sultan. Kalau British.....mrk gugur sbg tentera British....tp teks&sejarawan M'sia always ckp.mrk gugur memprtahankan Tanah Melayu. Tanah Melayu @ Tanah Melayu Jajahan British(King&Queen of England)? slpas merdeka 1957,ye..mrk adalah anggota keselamatan Persekutuan Tanah Melayu yg merdeka&berdaulat. sblum tu.??  knp slalu campur aduk..cedok sna sikit...sni sikit....buat org blur jer. At least,komen Sultan Pahang tu ada bleh jelas sikit situasi dulu2. Peace.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 10:51 AM | Show all posts
Walaupun Askar Melayu sebahagian British Army masa tu...mereka mempertahankan tanahair mereka sendiri...lain le ada askar melayu mati kat Afrika ke, Europe ke....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 10:47 PM | Show all posts
semuanya sama jer....yg tukar hanya istilah...kalu tu penting....tukarkan semua istilah penjajah dlm buku sejarah....lagipun banyak sejarah perlu diubah dgn penyelidikan terkini n mengambilkira bukti tempatan....bukan hanya base pada penyelidikan luar.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.440174 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list