View: 2332|Reply: 1
|
Eksklusif: Melayu Kelantan 60,000 tahun
[Copy link]
|
|
Oleh Anwar Hussin
[email protected]
2011/08/04
Kajian USM dapati sub-etnik penduduk paling asal di Semenanjung
KOTA BHARU: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) yang melakukan kajian berhubung asal usul bangsa Melayu melalui kaedah genetik menunjukkan Melayu Kelantan kemungkinan besar orang Melayu paling asal menetap di Semenanjung sejak lebih 60,000 tahun.
Kumpulan penyelidik diketuai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin yang mendapat geran RM1.4 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi, melakukan kajian terhadap 10 sub-etnik Melayu di Semenanjung Malaysia bagi mengetahui asal usul Melayu.
Sub-etnik berkenaan adalah Melayu Jawa di Johor dan Selangor, Melayu Aceh (Perak), Melayu Minang (Negeri Sembilan), Melayu Banjar (Selangor dan Johor), Melayu Bugis (Selangor dan Johor), Melayu Rawa (Perak), Melayu Champa (Perak, Kedah dan Kelantan), Patani (Kelantan), Melayu Kelantan dan Kedah Langkasuka. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# cicakgemok
bukan org negrito ker yg asal???? |
|
|
|
|
|
|
| |
|