View: 126|Reply: 0
|
Iqra: Doa ibu bapa diterima Allah SWT tanpa sekatan
[Copy link]
|
|
Judul: Mukjizat dan Keajaiban Doa Ibu Bapa\rPenulis: Abd Rahman Mohd Adil\rPenerbit: Pustaka Azhar\r\n\n\n\nPengulas: Hasliza Hassan\rHarga: RM17\r\r\n\n\n\n\nDOA mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah dan Allah menyukai orang yang berdoa kepada-Nya. Doa juga menjadi senjata orang mukmin yang sentiasa mengharapkan reda Allah serta mengimpikan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.\rSabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiga jenis doa yang pasti akan dikabulkan tanpa diragui lagi; doa orang yang sedang musafir dan doa orang tua ke atas anaknya.” (Hadis hasan al-Tirmizi) \rBerdasarkan hadis itu, beruntunglah mereka yang ibu bapanya mendoakan kebaikan kepadanya. Rugilah mereka yang menyebabkan ibu bapa murka sehingga mendoakan sesuatu yang buruk.\rBerlaku hari ini kejadian anak derhaka kepada ibu bapa hingga sanggup membiarkan mereka ditempatkan di rumah perlindungan. Malah, ada yang sanggup meninggalkan ibu bapa di tepi jalan.\r\n\n\n\n\rAbu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina! Baginda ditanya: Siapakah wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.” (Sahih Muslim)\rMalangnya, ada anak yang tidak takut dengan balasan terhadap perbuatan mereka membiarkan ibu bapa tanpa penjagaan rapi.\rBuku Mukjizat dan Keajaiban Doa Ibu Bapa diharap dapat menyedarkan anak betapa tinggi kedudukan ibu bapa hingga Allah memberi kurnia doa yang mustajab kepada kedua-duanya.\rDahsyatnya doa ibu bapa dirakamkan dalam pertemuan Umar al-Khatab dengan Uwais bin Amar yang meminta Uwais meminta ampun untuknya, maka Uwais meminta ampun untuk Umar.\rUmar mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Akan datang kepada kalian Uwais bin Amar bersama pasukan bantuan dari Yaman. (Dia) daripada Murod, kemudian daripada Qarn. Dia dulunya memiliki penyakit belang lalu telah sembuh daripadanya kecuali satu bahagian sebesar satu dirham. \r“Dia memiliki seorang ibu yang selalu dia berbakti kepadanya. Jika dia bersumpah dengan nama Allah, nescaya Allah akan makbulkan sumpahnya itu. Jika kamu mampu memintanya dengan memohon ampun untuk kamu, maka lakukanlah.”\rRiwayat ini menunjukkan kedudukan ibu bapa terhadap anak dan kepentingan berbuat baik kepada ibu bapa. Doa ibu bapa diterima Allah tanpa sekatan demikian pula besarnya darjat anak yang berbuat baik kepada ibu bapa hingga sumpahnya dibenarkan Allah.\rBagi anak yang tidak menghormati ibu bapa, jangan sampai ibu bapa berdoa keburukan untuk mereka. Ketahuilah, doa ibu bapa memiliki tenaga yang dahsyat sehingga ketaatan kepada Allah dikaitkan dengan ketaatan kepada ibu bapa.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|