|
Juara PLRK 2011\rSEKOLAH Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya merangkul gelaran juara Pertandingan Liga Remaja Kreatif Kebangsaan (PLRK) tahun ini selepas mengetepikan 710 penyertaan terdiri daripada 385 sekolah seluruh negara.\r\n\n\n\n\r Guru penasihat, Annuar Khisham Isa menyifatkan kemenangan itu sebagai kejayaan paling manis SAS, walaupun sekolah itu sudah menerima pelbagai anugerah sebelum ini sejak tiga tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n Beliau berkata, penghasilan video pendek ciptaan pelajarnya itu memaparkan watak 1Malaysia menghimpunkan Melayu, Cina, India dan Orang Asli itu memberi kesan dalam menjayakan karya.\rKetika sesi penggambaran berlangsung, katanya pelajar mendapat kerjasama daripada guru, staf sokongan dan penduduk rangkaian jalinan Kampung Angkat Orang Asli Sungai Ubi, Cameron Highlands.\r“Kami tidak menyangka idea mengaitkan elemen jalur lebar seperti penggunaan blog, laman sesawang dan laman sosial facebook dengan peranan Orang Asli dalam gagasan 1Malaysia menghasilkan karya kreatif.\r“Sepanjang penggambaran, pelajar dapat mengadaptasi nilai murni berdasarkan tema. Bertugas dalam satu pasukan juga membentuk semangat kerja yang tinggi,” katanya selepas menerima anugerah itu di Auditorium Angkasapuri, RTM di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rMajlis disempurnakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan kumpulan yang terdiri daripada tujuh pelajar SAS itu membawa pulang wang tunai RM10,000, piala dan sijil penyertaan. \rKumpulan peserta disertai Pengarah Video, Mohd Uwais Mohd Sabre; Muhammad Fikri Mohd Ismadi, Mohamed Shaik Firdaus Mohamed Shaik Jamaludin, Fuad Omran, Mohamad Raziq Mohamad Ridzuan (pelakon); Asnawi Muhammad Nizam (kru teknikal bunyi) dan Muhammad Amirul Azamuddin Muhammad Azman (jurugambar).\rMasing-masing pernah memenangi program sama peringkat Wilayah Persekutuan.\rMohd Uwais berkata, segala pengorbanan kumpulannya ketika membuat persediaan serta penggambaran video selama dua minggu membuahkan hasil.\rKatanya, dia dan rakan terpaksa mengorbankan masa tidur untuk mengadakan perbincangan mengolah idea, menyediakan papan cerita serta persiapan teknikal seminggu sebelum penggambaran di lokasi.\r“Antara cabaran ketika penggambaran dijalankan pada bulan Ramadan. Keadaan sekitar perkampungan Orang Asli memaksa kami beraksi lasak terutama ketika melakonkan babak jatuh gaung yang menyaksikan beberapa pelakon cedera.\r“Kemenangan ini juga menebus kekecewaan pasukan teater sekolah di peringkat kebangsaan tahun lalu dan diharap pelapis kami yang kini di Tingkatan Tiga dan Empat dapat menyambung kejayaan ini pada masa akan datang,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|