CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

Buku bongkar 'rahsia' Melaka

[Copy link]
Post time 27-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
BICARA buku History of Dutch in Malaysia, membongkar beberapa penemuan yang tercatat dalam sejarah Melaka sejak sekian lama termasuk kota A\'Famosa yang sering dikaitkan dengan Portugis sejak beberapa abad ini.\rPenulis buku itu, Dennis De Witt melakukan pembongkaran ketika mengupas kota A’Famosa dengan dakwaan ia sebenarnya dibina Belanda dan bukannya Portugis seperti yang tercatat dalam sejarah negara sejak sekian lama.\r\n\n\n\n\r“Fakta sejarah selama ini mengulang dan mengulang fakta bahawa ia adalah kubu Portugis, tetapi jika diteliti seni bina dan ukiran pada pintu gerbang A’Famosa, ia adalah ciri milik Belanda,” katanya di Muzium Kebudayaan Cheng Ho, baru-baru ini.\r\r\n\n\n\n\nBeliau turut mengambil pendirian yang sama berhubung laras meriam yang kini dijadikan perhiasan di beberapa lokasi di bandar Melaka termasuk yang dipamerkan di Bukit St John, Bandar Hilir.\r“Banyak pihak yang merujuk meriam ini sebagai meriam tinggalan penjajah Portugis, tetapi jika dikaji daripada ciri bentuk dan tulisan yang pada meriam itu, ia membuktikan bahawa ia adalah dari Belanda,” katanya pada bicara anjuran Kampung Buku Malaysia Melaka dan Muzium Kebudayaan Cheng Ho.\rBuku beliau membahagikan sejarah pengaruh Belanda terhadap Melaka kepada empat era, iaitu setiap era dianalisis menerusi persekitaran sosial dan perkembangan politik yang berlaku dengan kajian sejarah Belanda dalam tempoh 1602 hingga 1640.\rTempoh berkenaan dipilih kerana ia percubaan awal Belanda menakluk Melaka dan pendudukan Belanda di Melaka diteruskan pada 1641 hingga 1700 apabila penjajah itu menakluk dan membina semula Melaka, serta pada masa sama memulakan aktiviti perdagangan.\r\n\n\n\n\rKajian Dennis turut menunjukkan  1700 hingga 1795 menjadi kemuncak aktiviti perdagangan Belanda di Melaka, peperangan dengan pihak Bugis, dan permulaan kejatuhan Syarikat India Timur Belanda.\rJangka masa 1795 hingga 1818 pula menyaksikan Melaka berada di bawah pemerintahan British buat sementara sebelum kemudiannya diteruskan dengan era pasca pendudukan Belanda dan Syarikat India Timur Belanda, sebelum ia berakhir pada 1825.\rDe Witt  dalam bukunya itu turut mengupas misteri terowong rahsia yang dikatakan berada di bawah Bukit St Paul dan digunakan Portugis dan Belanda ketika memerintah Melaka.\rBeliau menggunakan tiga jenis sumber bagi menulis buku terbabit iaitu sumber utama, sumber kedua, dan lagenda.\r“Sumber utama ialah sumber asli atau bukti seperti artifak, dokumen, rakaman, ataupun maklumat seperti gambar dan surat. Sumber kedua ialah artikel dan kajian, manakala legenda pula merujuk kejadian yang masih berada dalam lingkungan kemungkinan sertalogik,” katanya.\rDe Witt Dennis menyatakan History of Dutch in Malaysia karyanya tidak dapat dibeli di kedai buku kerana kehabisan stok dan ia akan diulang cetak dalam masa terdekat.\rPada akhir perbincangan, beliau turut berkongsi dengan khalayak bicara buku, beberapa foto lama dan baru yang membandingkan kemajuan Melaka dari dulu sehingga kini.\r“Saya tidak meminta Kerajaan Negeri Melaka menolak proses pembangunan, tetapi kepentingan memelihara dan memulihara tinggalan sejarah terutama struktur bangunan tinggalan penjajah yang ada di Melaka, perlu diberi perhatian,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.038822 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list