CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 104|Reply: 0

Menzahirkan agenda transformasi fungsi baitulmal

[Copy link]
Post time 30-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kegemilangan ekonomi ummah   zaman Khalifah Umar   Abdul Aziz  boleh  direalisasikan di Malaysia \rPENGURUSAN ekonomi ummah secara umumnya berkait rapat dengan institusi baitulmal sebagai institusi kewangan Islam terunggul yang wujud sejak sekian lama. Nabi Yusuf telah diamanahkan oleh Raja Mesir pada masa itu untuk menjaga Perbendaharaan Negara ketika bumi Mesir bakal menghadapi musim kemarau.\r\n\n\n\n\r  Pada zaman Nabi Muhamad SAW, baitulmal menjadi tempat khusus untuk menyimpan harta atau khazanah umat Islam ketika itu. Baitulmal menyimpan harta umat Islam secara sementara (transit) sebelum diagih-agih dan dihabiskan pada masa sama kepada mereka yang berhak.\r\r\n\n\n\n\n  Istilah Baitulmal telah digunakan secara rasmi pada zaman Khalifah ‘Umar bin al-Khattab yang awalnya dikenali sebagai ‘Diwan’ dan kemudian dijenamakan semula sebagai ‘Baitul-Mal lil-Muslimin’ (rumah harta bagi orang Islam), seperti Perbendaharaan Negara dalam konteks amalan masa kini.\rInstitusi baitulmal mengalami beberapa peringkat transformasi sejak dulu hingga sekarang selari peredaran zaman di mana sejarah mencatatkan kecemerlangan institusi Baitulmal di zaman pemerintahan Khalifah ‘Umar bin al-Khattab seterusnya zaman kegemilangan pemerintahan Khalifah ‘Umar bin Abdul Aziz (Kerajaan Bani Umayyah).\rZaman pemerintahan ‘Umar bin al-Khattab menyaksikan pengembangan empayar Islam secara meluas hasil usaha dakwah dilaksanakan yang turut menyebabkan sumber pendapatan disalurkan ke baitulmal meningkat secara mendadak.\rHarta baitulmal pada ketika itu tidak dapat diagihkan dengan segera lantas perlu disimpan terlebih dulu di satu tempat untuk tempoh tertentu.\r\n\n\n\n\rDisebabkan itu, Khalifah ‘Umar al-Khattab mentransformasikan sistem tadbir urus baitulmal dapat diuruskan dengan lebih berkesan dari segi pengagihan supaya sampai kepada golongan sasar serta dilaksanakan dengan adil dan pantas. \rAntaranya, melantik pegawai yang amanah bagi mentadbir cawangan baitulmal di peringkat wilayah dan berpusat di Madinah bagi melicinkan pentadbiran.\rTransformasi institusi baitulmal sekali lagi berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah ‘Umar bin Abdul Aziz yang sangat terkenal dalam catatan sejarah tamadun ummah. Ketika itu, dana zakat sukar untuk disalurkan kepada yang berhak kerana kesukaran mencari asnaf yang layak menerimanya. \rKecemerlangan dasar pengurusan ekonomi negara secara berhemah oleh Khalifah ‘Umar membolehkan rakyat mempunyai keperluan mencukupi serta mempunyai taraf hidup yang tinggi.\rKeadaan itu membuktikan dana baitulmal daripada sumber zakat boleh dikembang sehingga menjadi lebih produktif, mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat dan bukan untuk menampung keperluan penerima dalam tempoh tertentu saja. \rBaitulmal ditadbir Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaras Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan urusan agama di bawah bidang kuasa negeri termasuk pengurusan harta dan kewangan baitulmal.\rKegemilangan ekonomi ummah seperti zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz tidak mustahil direalisasikan di Malaysia jika dana baitulmal digunakan secara bijaksana untuk meningkatkan taraf hidup golongan fakir miskin sehingga mampu berdikari dan berubah menjadi penyumbang pula.\rJabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah merintis jalan membantu penerima bantuan memulakan perniagaan serta membabitkan diri dalam bidang pertanian bagi membolehkan mereka keluar dari kepompong kemiskinan.\rAgenda transformasi melalui pembangunan tanah wakaf turut dilaksanakan menjadi pusat komersial yang menjana pendapatan tinggi seterusnya menghasilkan modal pusingan seperti pembinaan hotel wakaf, pusat haemodialisis, bangunan perniagaan dan ruang pejabat. \rJAWHAR melalui Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah melaksanakan Projek Kecil Berimpak Besar seperti pembinaan Wakaf Mart di Masjid Kariah Panchor Jaya, Ampangan dan di Masjid Pekan Gemas, Negeri Sembilan serta pembinaan Bazar-bazar Rakyat di Masjid Jejawi, Perlis, di Masjid Bertam, Pulau Pinang, di Masjid Pulau Besar, Melaka, di Masjid Kulai Jaya, Johor dan juga di lain-lain negeri.\rBagi tujuan mempromosikan produk dan perkhidmatan baitulmal serta menzahirkan transformasi yang telah dilakukan, JAWHAR akan menganjurkan Program Promosi Baitulmal 2011 pada 30 September hingga 2 Oktober 2011 serentak penganjuran Karnival Transformasi Sistem Pengurusan Islam di Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.\rProgram Promosi Baitulmal 2011 bertemakan ‘Bersama Menyumbang dan Berbakti’ disasarkan akan mengumpul dan menyatukan semua agensi berkaitan pengurusan baitulmal iaitu JAWHAR, MAIN, Agensi Mengurus Zakat (AMZ), YWM, World Zakat Organization (WZO) dan sebagainya bagi mempromosikan segala produk dan perkhidmatan yang disediakan untuk masyarakat.\rProgram ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kadar celik kewangan Islam dalam kalangan masyarakat Islam melalui instrumen seperti wakaf, sedekah jariah, zakat, hibah, wasiat dan nazar sebagai pengurusan kewangan serta pelaburan ibadat untuk akhirat. \rPenulis ialah Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.040933 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list