CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2259|Reply: 10

Wanita pertama dunia guna rahim penderma organ

[Copy link]
Post time 4-10-2011 08:30 AM | Show all posts |Read mode
ANTALYA, Turki - Seorang isteri di sini, Derya Sert merupakan wanita pertama di dunia yang menerima rahim daripada seorang penderma yang telah meninggal dunia sekali gus mencerahkan harapan berjuta-juta wanita yang sukar hamil untuk mengandungkan anak sendiri.

Sepasukan doktor Hospital Universiti Akdeniz di wilayah Antalya, utara Turki, berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim ke atas Derya pada 9 Ogos lalu.

Wanita itu tidak dapat hamil kerana dilahirkan tanpa uterus seperti yang berlaku pada setiap 5,000 wanita di seluruh dunia.

"Gembira dan teruja, perasaan saya bercampur baur,' kata Derya yang berusia 21 tahun.

Suri rumah berkenaan yang berkahwin dengan seorang mekanik kereta sudah terlantar di hospital selama enam bulan.

"Rahim ini telah menjadi organ saya sendiri, kami sudah lama menantikan saat ini,' kata suri rumah tersebut.

Pembedahan ke atas Derya merupakan pembedahan pemindahan rahim kedua di dunia dengan prosedur itu pertama kali dilakukan di Arab Saudi pada 2000.

Pembedahan pertama melibatkan rahim daripada seorang penderma yang masih hidup itu menemui kegagalan kerana pembentukan darah beku yang banyak sekali gus memaksa doktor-doktor membuang organ berkenaan.


Pasukan doktor di Turki bagaimanapun yakin masalah itu dapat diatasi dengan menggunakan rahim orang mati kerana lebih banyak tisu dan salur darah di sekitar rahim penderma untuk boleh dimasukkan ke dalam tubuh si penerima.

"embedahan ini berjaya tetapi kejayaan sebenar adalah apabila Derya melahirkan bayinya," kata seorang pakar bedah di Hospital Universiti Akdeniz, Omer Ozkan.

Menurutnya, tempoh enam bulan diperlukan sebelum Derya dihantar kepada pakar-pakar sakit puan yang akan memasukkan janin daripada benih suaminya yang dihasilkan sebelum pembedahan tersebut berlangsung.

"ada pendapat saya paling awal dia boleh mengandung adalah selepas enam bulan menjalani pembedahan ini. Jika tidak, dia mungkin memerlukan masa sehingga tujuh atau lapan bulan," kata Omer. - AFP

Semoga berjaya dpt anak pasnih...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2011 09:03 AM | Show all posts
mcm ngeri je bayangkan dorg pindahkan rahim tu??
perut tu kena belah ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 09:14 AM | Show all posts
harap2 berjaya melahirkan.. amin
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 09:52 AM | Show all posts
curious jugak nak tngk camne rler bentuk rahim tu agak nyer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2011 09:53 AM | Show all posts
Tu ler Kira sanggup berkorban bini dia nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 09:54 AM | Show all posts
cun wanita tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2011 10:11 AM | Show all posts
sanggup buat apa jer untuk mempunyai anak sendiri dari benih sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 02:42 PM | Show all posts
Reply 2# miss_jay


    kene belah lah.. kalau x rahim tuh nak sumbat kut mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2011 02:55 PM | Show all posts
guna rahim org??
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 01:09 AM | Show all posts
x dpt byg kn ...
rahim dipindah masuk dlm perut..
pastu selang beberapa bulan pastu rahim tu plak nk menampung bebi..
kalu rahim x kuat..aku tpikir2 msti rahim tu jatuh trus kuar dr perut ppuan nih...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 10:44 PM | Show all posts
tu la sanggup nya seorang pompuan.........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.727588 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list