|
PROGRAM bimbingan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Seminar Skor A SPM anjuran bersama Management Science University (MSU) dan Kolej PTPL serta Unit Pendidikan Berita Harian memberi peluang calon meningkatkan pemahaman mengenai kaedah menjawab dengan tepat.Seminar dua hari itu juga sebagai persediaan akhir calon yang akan menduduki peperiksaan November ini. Aktiviti berlangsung di kampus MSU/PTPL di Kota Bharu, baru-baru ini. \n\n\n\n Seramai 120 calon dari Tumpat, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Gua Musang turut hadir.\n\n\n\n\n\n Pelajar Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan, Wan Mazliena Aliana Wan Sabri, berkata dia bersama enam rakannya bertuah kerana berpeluang mengikuti program yang dijayakan penceramah terdiri daripada guru cemerlang.Katanya, peserta mendapat panduan mengenai tip menjawab soalan secara tepat berdasarkan aras peperiksaan sebenar bagi mata pelajaran, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.“Aktiviti ini begitu bermanfaat dan membantu kami mendapatkan markah maksimum A. Tip yang diberikan penceramah juga penting bagi mengelakkan calon daripada mengulangi kesilapan,” katanya.Calon dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kangkong, Pasir Mas, Athirah Muhammad, berkata seminar itu memberi suntikan semangat kepadanya untuk terus gigih bagi mencapai kejayaan cemerlang.\n\n\n\nKatanya, pada saat akhir menjelang peperiksaan, perbincangan dua hala antara guru pakar penting supaya calon dapat mengenal pasti kelemahan dan mengatasinya dengan melakukan latihan berterusan.Pelajar SMK Zainab (2) Kota Bharu, Muhammad Faiz Mohd Sabri, berkata seminar itu meningkatkan kefahamannya mengenai skema pemarkahan bagi setiap jawapan.“Perkara itu perlu diketahui setiap calon supaya jawapan yang dikemukakan tepat, selain tidak membazirkan masa ketika menulis jawapan,” katanya.Sementara itu, Pengetua Kolej PTPL Kota Bharu, Ahmad Masri Mokhtar, berkata program berkenaan bertujuan membantu calon bergelar pelajar cemerlang dengan memanfaatkan tip terkini yang disampaikan guru pakar.“Bagi calon yang tidak berpeluang mengikuti seminar seperti ini, mereka bertuah dapat menghadirinya selain mendapat pendedahan mengenai teknik menjawab secara berkesan,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|