CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

Godam: Bahasa Melayu kian 'menggelupur'

[Copy link]
Post time 13-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
HARI ini berlangsung pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2011 di Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) kerana tahun ini Melaka menjadi tuan rumah pada program tahunan yang diraikan dengan penuh gilang-gemilang pada setiap Oktober.Khabarnya tahun ini, Kementerian Pelajaran memberi peruntukan RM3 juta kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku sekretariat yang bertanggungjawab kepada pelaksanaan program yang dihidupkan pada 2009 bagi menggantikan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).\n\n\n\nSudah nampak usaha DBP selaku Sekretariat BBK untuk membabitkan sama masyarakat bukan Melayu dan bukan orang sastera pada program kali ini apabila ada antara program yang diatur turut membabitkan masyarakat Baba dan Nyonya, Portugis serta Chetti untuk program di Melaka. \n\n\n\n\n\nSelain itu, meskipun Melaka menjadi tuan rumah, DBP juga mengatur beberapa program di seluruh negara dalam memastikan setiap negeri di seluruh negara turut dilibatkan sama dengan program BBK dan sememangnya pendekatan ini perlu bagi memastikan setiap anggota masyarakat turut sama bertanggungjawab dalam memartabatkan bahasa Melayu.Dalam kesibukan DBP meraikan BBK 2011, penulis mendapat khabar bekas Timbalan Ketua Pengarah DBP, Dr Awang Sariyan, meletakkan jawatan sebagai Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China di Beijing Foreign Studies Universiti (BFSU), China, akan kembali ke badan berkanun terbabit.Khabarnya surat tawaran untuk Dr Awang kembali ke DBP kini sedang dalam proses penilaian di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mendapat restu daripada Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof Dr Salleh Yappar.Jika benar Dr Awang kembali ke DBP bererti, tokoh bahasa itu adalah orang pertama yang sudah melepasi usia persaraan, tetapi ditawarkan untuk berkhidmat semula di badan berkanun terbabit kerana sebelum ini hanya jawatan Ketua Pengarah DBP yang pernah ‘melanggar’ peraturan ini.\n\n\n\nPenulis sempat bersembang dengan rakan diskusi mengenai perkara itu dan teman ini nampaknya berharap dengan kembalinya Dr Awang ke DBP, nasib bahasa Melayu di Malaysia yang seperti hidup segan mati tak mahu, baik dalam sektor awam apalagi swasta, dapat dipulihkan.“Jika benar Dr Awang akan kembali ke DBP, hendaknya beliau dapat membantu Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz, mengatur program lebih mantap lagi berkesan bagi memastikan maruah bahasa mahupun sastera Melayu kembali ke tempatnya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.”Ada benarnya pandangan rakan diskusi ini kerana terlalu banyak perkara menyakitkan mata, membocorkan telinga dan menusuk hati, melanda bahasa Melayu mutakhir ini oleh tindak-tanduk anak Malaysia baik Melayu yang tidak sedar diri, begitu juga di kalangan orang politik, korporat, cendekiawan mahupun biasa, sehingga maruahnya tercalar lagi tercela.Gerakan menghidupkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan sekolah aliran Inggeris di sekolah kebangsaan oleh kelompok yang mendewa-dewakan bahasa penjajah itu semakin menjadi-jadi serta seperti sengaja diatur-atur bagi meraih simpati dan perhatian, selain sengaja diulang tayang berkali-kali bagi membangkitkan kemarahan!Penjelasan berulang kali baik daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran;  Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi dan Kementerian Pelajaran, seperti jatuh di telinga orang yang tuli, ibarat mencurah air di daun keladi.Tindak-tanduk menafikan wibawa bahasa Melayu nampaknya bukan saja melanda pada peringkat sekolah rendah dan menengah, tetapi juga universiti dengan langkah penarafan yang kini menjadi kegilaan sesetengah universiti awam negara ini, sehingga seolah-olah sudah menjadi wabak pula.“Sedih aku, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, hatta pada peringkat sarjana muda juga sudah terganggu-gugat dengan kegilaan pada penarafan universiti yang sememangnya terang-terang menjadi pilihan Universiti Malaya sekalipun dibantah sesetengah sarjananya dengan tindakan berhenti meskipun memegang jawatan kanan.“Pengumuman Naib Canselor, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Dr Ir Zaini Ujang, kelmarin, bahawa universiti itu akan mengurangkan pengambilan pelajar peringkat Ijazah Sarjana Mudanya daripada 20,000 kepada 15,000 menjelang 2012 sesuai dengan kedudukannya sebagai universiti penyelidikan.“Langkah ini sama seperti penarafan universiti dan memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di negara ini. Semuanya dilakukan demi kepentingan mendapatkan pengiktirafan antarabangsa dengan memberi ruang kepada pelajar antarabangsa dan mengorbankan peluang anak tempatan?”Dapat penulis fahami kebimbangan teman ini melalui langkah yang sememangnya akan memberi kesan kepada kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan lebih-lebih lagi peluang anak tempatan mendapatkan peluang pendidikan di universiti awam yang ternama di negara ini.Tidak pula dapat dipastikan apakah langkah ini bertujuan membantu universiti awam kurang terbilang mendapatkan pelajar kerana permohonan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), matrikulasi dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), banyak bertumpu kepada universiti awam terbilang sehingga ada yang tercicir peluang pendidikan universiti.Jika benar Dr Awang akan ‘dikembalikan’ di DBP, hendaknya beliau bukan saja memberi perhatian kepada beberapa perkara yang dibangkitkan itu, tetapi juga menegur dan mengambil tindakan kecenderungan sektor swasta memperlekehkan bahasa Melayu mengikut sesedap rasa mahupun waktu.Janganlah hendaknya tindak-tanduk memperkotak-katikkan bahasa Melayu seperti penamaan Beautiful Places sedangkan pengisian program dalam bahasa Melayu dan Kerinchi menjadi Bangsar South dibiarkan berleluasa seperti virus yang tiada ubatnya!

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.130647 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list