CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3003|Reply: 20

PC tewas kepada IPad dan telefon pintar..

[Copy link]
Post time 14-10-2011 03:11 AM | Show all posts |Read mode
SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Firma perunding Gartner kelmarin melaporkan jualan komputer peribadi (PC) di seluruh dunia merosot pada suku tahun kewangan yang berakhir baru-baru ini kerana pengguna lebih gemar membeli komputer meja dan telefon pintar.

Di AS, bilangan PC yang dieksport dalam suku kewangan ketiga tahun ini terus menurun.


"asaran PC pengguna terus lemah," kata penganalisis kanan Gartner, Mikako Kitagawa.

"Ia susulan gajet bukan PC termasuk tablet media seperti iPad dan telefon pintar yang semakin popular dan menjadi pilihan terkini pengguna," tambahnya.

Menurut Kitagawa lagi, Hewlett Packard (HP) kekal pengeluar komputer terbesar dunia, tetapi Lenovo yang berpangkalan di China semakin kukuh apabila jualan PC syarikat itu melonjak 25 peratus sekali gus merampas tempat kedua daripada Dell sepanjang tahun ini.

Laporan Gartner turut meramalkan tablet media dan telefon pintar akan terus memberi kesan kepada jualan PC terutama di AS. - AFP

Tak lama lg Takder sapa nak Pakai PC dah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2011 07:45 AM | Show all posts
PC besau gedabak.... lappy tetap pilihan ramai....
Kat opis pun, orang dah beransur ansur nak pakai Lappy
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 08:46 AM | Show all posts
bg i..PC best lg dr laptop n ipad,tab dsb nya....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 09:10 AM | Show all posts
so lepasni graphic card dan mobo boleh turun rege la. yeayyyy
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 09:10 AM | Show all posts
so lepasni graphic card dan mobo boleh turun rege la. yeayyyy
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 09:35 AM | Show all posts
bila la nak ak nak dapat beli nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2011 12:23 PM | Show all posts
yg pasti PC lebih tahan lama dr tablet laptop ape suma tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2011 03:17 PM | Show all posts
so lepasni graphic card dan mobo boleh turun rege la. yeayyyy
winamp05 Post at 14-10-2011 09:10 AM



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2011 09:14 AM | Show all posts
yang penting.. pc boleh cucuk scanner, printer and ade cd rom nak burn.... kalu rajin skit,, beli usb tv analog tuner boleh tgk tv juga... apa2 ponn boleh... huhu yang ye nye fakta yang TT share kat kite tue macam berat sebelah je... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 09:57 AM | Show all posts
pc xboleh angkut ke mana2x..payah...pakai ipad gan laptop senang nk gusung nyer hah
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 03:43 PM | Show all posts
mungkin pc pulak kene menukar strategi utk bersaing dlm pasaran....
buat pc ala2 imac.... monitor+cpu skali dlm satu badan dgn spec yg lagi power dr tablet dan smartfon... yg penting lebih stabil dan penstoran yg lebih berbanding 2 bende tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 10:43 AM | Show all posts
PC the best..!!

aku suka type keyboard PC...

dari type keyboard lappy...lenguh tangan...

erk..IPad aku tak penah guna tak tau nak komen..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 11:27 AM | Show all posts
ini comparision yang takde asas langsOng... macam mana Apple dibandingkan dengan Nenas?

sepatotnya apple dibandingkan dengan apple... misalnya PC dengan Laptop...

Tablet PC tak boleh dibandingkan dengan PC atau Laptop sebab fungsinya tak sama langsOng...

Tapi kalau nak bandingkan tablet dengan netbook tu mungkin boleh sebab fungsi netbook lebih mirip pada fungsi tablet...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 02:11 PM | Show all posts
kenapa panggil computer meja?  kalau betul lah ini menunjuk kan bahasa melayu bukan bahasa teknoloji. apa translation untuk tablet?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 07:59 PM | Show all posts
orang lebih suka membeli komputer meja berbanding PC.???????????{:4_229:}
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 10:06 AM | Show all posts
PC masih digemari oleh tokey2 judi online haram... cybercafe judi banyak guna PC... saja nak menyusahkan polis nak mengangkut...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2011 02:59 PM | Show all posts
aku masih lagi pc di rumah untuk movie lagu dan game....

di luar pakai tablet la...tablet mana leh lawan pc nak main game....

tablet takleh lawan pc nak bitstream HD audio...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 06:39 PM | Show all posts
ini comparision yang takde asas langsOng... macam mana Apple dibandingkan dengan Nenas?

sepatotny ...
cipOt_cedOt Post at 18-11-2011 11:27


ko ni membaca ke x oi...laporan tu cakap pc skang jualan dah menurun..so, adalah logik masa akan datang pc akan terhapus
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 12:58 AM | Show all posts
PC tetap pilihan hati ku banding lappy/netbook/tablet bagai

PC dpt memberi kepuasan maksima, be it movie-ing, gaming, designing, multitasking..

PC the perfect workstation. Kalau pakai yg kecik cenonet je, terbatas la nak gune..boleh jadi annoying and x puas.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 09:07 AM | Show all posts
Reply 18# AppropriateNick

sebab aku baca la aku kata perbandingan tu takde asas... iPad vs PC vs smart phone...

jualan PC menurun sebab jangka hayat penggunaan PC lebih lama berbanding iPad dan smart phone... ini disebabkan oleh kepelbagaian fungsi yang ditawarkan oleh PC berbanding iPad... aku rasa teknologi PC pun tak sepantas teknologi Tablet PC sebab teknologi PC lebih stabil dan berjangka masa panjang selain kemampuan PC untuk dinaik taraf secara mudah berbanding iPad dan smartphone...

jadi untuk mengatakan kemunculan iPad menyebabkan pemintaan kepada PC semakin menurun amat tidak berasas sekali kerana iPad bukan alat gantian alternative bagi PC...

jika dikatakan kemunculan iPad menurunkan permintaan smart phone aku setuju sebab kebanyakan pengguna lebih memilih iPad berbanding smartphone menggunakan OS Windows, Syimbian dan Blackberry...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.469069 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list