View: 61|Reply: 0
|
NS cemas 120 minit sebelum layak
[Copy link]
|
|
NEGERI Sembilan terpaksa menunggu hingga minit ke-120 sebelum mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan FELDA United dengan agregat 3-1 dalam saingan suku akhir kedua, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.\rSelepas agregat saingan 90 minit terikat 1-1, tuan rumah yang mendapat sokongan 30,000 penyokong mengatasi agregat dengan dua gol pada masa permainan tambahan, menerusi Idris Karim yang menanduk bola muntah untuk gol kedua, disusuli tandukan Hairuddin Omar pada minit ke-113.\r\n\n\n\n\r Terdahulu anak buah Mohd Azraai Khor Abdullah mengikat agregat 1-1 hasil jaringan Hairuddin pada minit ke-16 hingga memaksa permainan dilanjutkan ke masa tambahan sebelum memastikan dua gol untuk menempah tempat separuh akhir bertemu T-Team yang turut mengesahkan kemaraan di Kuala Terengganu.\r\r\n\n\n\n\n Begitupun, FELDA United bimbingan E Elavarasan lebih garang sebaik bermula dengan cubaan Mohd Firdaus Azizul, Liew Kit Kong dan Farderin Kadir mencemaskan tuan rumah tetapi Hairuddin membuktikan kematangannya apabila menyudahkan hantaran Shahurain Abu Samah untuk menewaskan Hamsani Ahmad bagi gol pertama, sekali gus meredakan tekanan tinggi skuad Hoben.\rNegeri Sembilan cuba mencari gol pembunuh dengan asakan bertali arus ke kubu FELDA United tetapi benteng pelawat terus bertahan sehingga tamat babak pertama, dan skrip sama disaksikan pada babak kedua sekali pun Hairuddin, Mohd Firdaus dan kemasukan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak serta S Kunalan terus gagal mencari jaringan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|