|
SHANGHAI: Pilihan pertama Rafael Nadal tersingkir dalam kejohanan Masters Shanghai dalam saingan dramatik, tetapi juara bertahan Andy Murray terselamat daripada ujian getir apabila melangkah ke suku akhir, kelmarin.\rNadal yang juga pemain nombor dua dunia, tewas 6-7 (5/7), 3-6 kepada pemain Jerman Florian Mayer, apabila gagal memenangi tiebreak set pertama dan servis dipatahkan dua kali pada set kedua dalam saingan yang menghiburkan penonton di Stadium Qi Zhong.\r\n\n\n\n\r Mayer menyelamatkan detik genting dalam permainan ketujuh set kedua untuk mendahului 4-3 dan pemain Sepanyol itu gagal memberi tindak balas apabila gagal mematahkan servis pada permainan terakhir untuk membolehkan pilihan ke-15 itu mengutip kemenangan.\r\r\n\n\n\n\n “Dia beraksi dengan baik tetapi saya tidak,” kata Nadal. – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|