CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 88|Reply: 0

Jakarta beri jaminan

[Copy link]
Post time 15-10-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Tuan rumah mampu kekang demonstrasi: Naim\rINSIDEN Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta yang menjadi sasaran demonstrasi kumpulan penduduk Indonesia dan Laskar Merah Putih ekoran isu sempadan Malaysia-Indonesia baru-baru ini, tidak menggugat kelancaran Sukan SEA XXVI bulan depan.\r\n\n\n\n \r    Ketua kontingen negara, Datuk Naim Mohamad, berkata dia yakin pihak berkuasa Indonesia mampu mengekang dan menjaga keselamatan keseluruhan atlit yang bertanding pada temasya dwitahunan itu nanti. \r\r\n\n\n\n\n   “Tidak perlu risau kerana pihak keselamatan akan menjaga atlit daripada seluruh negara termasuk Malaysia. Tentunya mereka akan memberi perhatian lebih mengenai perkara ini,” katanya selepas meninjau persiapan skuad memanah di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, semalam.\rBegitupun, untuk langkah keselamatan, Naim yang juga Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menasihatkan atlit Malaysia menjaga tingkah laku dan tidak melakukan aktiviti secara berseorangan ketika berada di sana nanti. \rMalaysia dikecam puak berkenaan yang mendakwa mengambil secara haram lebih 1,000 hektar tanah di Kalimantan Barat bersempadan dengan Sarawak seperti ditimbulkan Timbalan Ketua Suruhanjaya 1, Dewan Perwakilan Rakyat Tb Hasanuddin, hujung minggu lalu tetapi empat menteri republik itu termasuk Menteri Luar, Marty Natalegawa, dilaporkan menafikan dakwaan berkenaan.\rDalam pada itu, skuad 16 pemanah kebangsaan mensasarkan dua pingat emas pada temasya 11 hingga 25 November itu, menerusi acara wanita compound berpasukan dan lelaki recurve berpasukan.\r\n\n\n\n\rDiketuai tiga pemanah yang sudah layak ke Sukan Olimpik London 2012 – Cheng Chu Sian, Haziq Kamaruddin dan Khairul Anuar Mohamad – Naim percaya mereka boleh mengulangi pencapaian pada Sukan SEA lalu.\rSelain tiga pemanah lelaki itu, cabaran turut digalas Fazli Hisham Fauzi (recurve), Muhammad Zaki Mahazan, Mohd Kaharuddin Asah, Mohd Firdaus Isa dan Kelvin Hoo Kok Meng (compound) serta pemanah wanita Nurul Syafikah Hashim, Shahira Abd Halim, Nur Amirah Mohamed, Fairuz S M Rahim (recurve) dan Faten Nurfatehah Mat Salleh, Norizah Ishak, Saritha Cham Nong dan Nur Hayati Al-Madinah Hashim (compound).

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.046977 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list