CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 111|Reply: 0

Chong Wei mudah ratah anak ‘sifu’

[Copy link]
Post time 15-10-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
HAJAT menyaksikan Misbun Ramdan Misbun memberi tentangan dan melakar kejutan ke atas bekas anak didik bapanya, Lee Chong Wei tidak kesampaian apabila tewas mudah dalam saingan separuh akhir Grand Prix (GP) Final Sirkit Kebangsaan di Stadium Juara, Bukit Kiara, malam tadi.\rChong Wei jelas tidak perlu mengeluarkan peluh apabila menang 21-10, 21-14 ke atas anak Datuk Misbun Sidek itu dalam tempoh 26 minit, sekali gus menghampiri sejarah memenangi kejuaraan GP Final buat kali ke-10 berturut-turut.\r\n\n\n\n\r  “Kejayaan Misbun Ramdan dan Goh Soon Huat ke separuh akhir dengan mengejutkan beberapa pemain elit harus memberi amaran kepada pemain senior lain. supaya tidak lagi berada dalam zon selesa.\r\r\n\n\n\n\n  “Saya lihat kedua-duanya (Misbun Ramdan dan Soon Huat) ada potensi dan berharap mereka bekerja keras untuk tingkatkan permainan,” kata Chong Wei. \rPada final hari ini, pemain yang mewakili Pulau Pinang itu akan menentang seorang lagi anak didik Hendrawan, Goh Soon Huat yang mengejutkan finalis 2008, Chong Wei Feng 13-21, 21-18, 21-14.\rKejayaan Soon Huat, 21, pilihan kelima dari Melaka bukan saja menebus tiga kekalahannya kepada lawan itu, tetapi juga membolehkannya beraksi di final GP buat pertama kali.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.556720 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list