CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 69|Reply: 0

'Perang saraf'

[Copy link]
Post time 17-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Irfan akan minta petua dari Yunus sekat Selangor\rMENJELANG ujian getir separuh akhir pertama, malam esok, Irfan Bakti sudah pun memulakan ‘perang psikologi’ betapa Selangor barisan harus digeruni.\r\n\n\n\n\rJurulatih kepada skuad yang menjuarai Piala FA itu melihat saingan di Stadium Shah Alam pasti akan memberi kelebihan kepada tuan rumah pimpinan P Maniam dan akur mereka harus memberi fokus 100 peratus ketika lawan ghairah mencari modal selesa.\r\r\n\n\n\n\n“Saya akur Selangor bukan lawan mudah untuk ditewaskan di hadapan puluhan ribu penyokong setia mereka. Tapi anak buah saya boleh melakukan sesuatu menyekat mereka dan memburu kemenangan sama seperti menewaskan Kelantan,” katanya, semalam.\rIrfan juga turut berhajat ‘meminjam formula’ pasukan adik, T-Team kerana pasukan kelab itu sudah beberapa kali menewaskan Merah Kuning dalam saingan Liga Super dan peringkat kumpulan Piala Malaysia.\rDia akan menghubungi Yunus Alif untuk meminta bantuan pada saat getir ini mendapatkan beberapa petua bagaimana mahu menumbangkan Selangor di laman lawan.\rPengendali berpengalaman itu juga menegaskan trio penyerang Terengganu - Abdul Manaf Mamat, Ashari Samsudin dan Abdul Hadi Yahya bakal menjadi sandaran utama pasukan mencari gol di tempat lawan tapi percaya Selangor ada segala muslihat membendung mereka.\r\n\n\n\n\rSatu lagi saingan peringkat sama membabitkan T-Team menentang bekas juara, Negeri Sembilan di Kuala Terengganu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.104442 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list