CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 90|Reply: 0

‘Woods tak mahu datang’

[Copy link]
Post time 21-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
IMPIAN menyaksikan Tiger Woods beraksi di kejohanan golf Asia Pasifik Klasik CIMB pada 27 hingga 30 Oktober ini tidak kesampaian lagi apabila bekas pemain nombor satu dunia itu meletakkan harga terlalu tinggi untuk penampilannya.\r“Kami tidak mengamalkan membayar yuran penampilan untuk kejohanan ini, tetapi usaha mendapatkan Tiger Woods akan diteruskan dan kami berharap tahun depan akan dapat membawanya ke sini,” kata Pengarah Urusan Promosi PGA, Datuk C S Ong pada majlis pengumuman kejohanan oleh Kementerian Pelancongan semalam.\r\n\n\n\n\r   “Ini (yuran penampilan) tidak baik untuk golf dan kami lebih cenderung menerima pemain yang benar-benar profesional serta mempunyai semangat kesukanan tinggi untuk bertarung di kejohanan ini. \r\r\n\n\n\n\n   “Kami terharu dengan kesediaan kelompok 30 pemain terbaik Jelajah PGA yang memilih untuk menyertai Asia Pasifik Klasik CIMB walaupun pada masa sama terdapat Jemputan Shanghai yang sanggup membayar yuran penampilan kepada pemain terkemuka dunia menyertainya.”\rAsia Pasifik Klasik CIMB - edisi kedua Jelajah PGA yang pertama diadakan di luar Amerika Syarikat – bakal menampilkan 48 pemain terbaik Jelajah PGA dan Jelajah Asia termasuk dua wakil tempatan – Shaaban Hussin dan Danny Chia.\rAntara nama besar yang bakal menjadi tumpuan pada kejohanan yang tiada penyingkiran ini ialah Jhonattan Vegas, Camillo Villegas, Vijay Singh, Angel Cabrera dan Stewart Cink. Tahun lalu, Shaaban muncul pemain tempatan pertama menyertai Jelajah PGA apabila menjuarai pusingan kelayakan pemain tempatan.\rTurut hadir pada majlis berkenaan, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen yang mengharapkan pemain tempatan menunjukkan aksi mantap pada kejohanan kali ini. “Selain memberi manfaat kepada industri pelancongan negara, saya harap pemain tempatan juga mengambil peluang ini untuk merakam kejayaan bermakna buat diri mereka dan negara,” katanya.\r\n\n\n\n\rKejohanan di Kelab Golf & Resort The Mines itu tahun lalu berjaya menarik lebih 20,000 peminat golf dari seluruh dunia dan Yen Yen menjangkakan jumlah lebih tinggi dicatat tahun ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.729388 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list