CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62|Reply: 0

Keyakinan Torres kembali: Villas-Boas

[Copy link]
Post time 21-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ledak dua gol bantu Chelsea belasah Genk 5-0LONDON: Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas yakin Fernando Torres akhirnya sudah menemui semula keyakinannya selepas penyerang Sepanyol itu menjaringkan dua gol ketika menewaskan Genk 5-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi semalam.\rTorres sebelum ini mengharungi 875 minit perlawanan Liga Juara-Juara tanpa menjaringkan gol, detik kemarau yang  bermula sejak April 2009 apabila dia menjaringkan gol untuk Liverpool ketika menentang Chelsea.\r\n\n\n\n\r  Namun, dia akhirnya mendapat semula sentuhan   dengan dua penyudah klinikal menentang kelab Belgium itu di Stamford Bridge awal pagi semalam.\r\r\n\n\n\n\n    Ia menimbulkan banyak perdebatan terhadap penyerang yang dibeli dengan nilai 50 juta pound (RM246.39 juta) itu yang menjaringkan empat gol  dalam empat penampilan terakhirnya.\r“Adalah penting untuk seseorang pemain berasa yakin dan dia berasa yakin dengan kemampuannya. Ia tidak pernah menjadi persoalan buat dirinya (tidak berada pada prestasi terbaiknya). Dia sentiasa dalam prestasi baik,”  kata Villas-Boas.\rTorres tidak beraksi pada dua perlawanan terakhir Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana penggantungan akibat kad merah ketika menentang Swansea dan the Blues menjaringkan lapan gol tanpa kehadirannya. Dia juga akan diketepikan untuk kunjungan ke QPR Ahad ini akibat penggantungan itu, maka adalah penting untuk pemain itu mengingatkan Villas-Boas mengenai kualiti dimilikinya.\rJurulatih Genk, Mario Been mengakui pasukannya gagal memberi saingan dan lantas menyifatkan Chelsea sebagai berpotensi muncul juara Eropah.\r\n\n\n\n\r“Mereka punya banyak kualiti. Mereka boleh mengubah banyak perkara kerana mempunyai banyak kualiti di bangku simpanan, tetapi Barcelona dan Real Madrid juga pasukan  hebat,” kata Been. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.693880 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list