|
Shahurain yakin NS bukan mangsa Terengganu\rJANGAN riak! \r\n\n\n\n\rDemikian ingatan sayap lincah Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah buat Terengganu yang mendabik dada menyifatkan Piala Malaysia bakal menjadi milik mereka sebaik menempah tiket final Sabtu ini.\r\r\n\n\n\n\nPemain kelahiran Kajang yang lebih mesra dengan panggilan ‘Kecik’ itu menegaskan Terengganu harus ‘melangkah mayat dia dan rakan-rakannya’ terlebih dulu andai mahu menjulang piala keagungan itu.\r“Mungkin Terengganu berbangga dapat menumbangkan juara bertahan, Kelantan dan pasukan gergasi, Selangor dalam laluan ke final, tetapi kami tidak akan menjadi ‘mangsa ketiga’ mereka,” katanya sejurus latihan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, semalam.\rShahurain yang akan tampil dalam final ketiga berkata, dia sendiri akan berusaha menyumbat gol sekali lagi pada penampilan Sabtu ini, selepas melakukannya ketika membantu Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun piala itu dengan menundukkan Kelantan 3-1 pada final 2009.\rShahurain juga merobek gawang Kelantan pada final tahun lalu tetapi gagal membantu skuad Hoben yang tunduk 2-1, sekali gus gagal mempertahankan kejuaraan.\r\n\n\n\n\r“Saya tidak kisah siapa yang menjaringkan gol kerana yang penting ialah Negeri Sembilan menang. Jika ditakdirkan dapat menyumbat gol sekali lagi, ia adalah satu bonus,” katanya yang bersemangat selepas dipanggil menjalani latihan bersama skuad kebangsaan untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang India, bulan depan.\rLagi berita-berita menarik mengenai bahang final Piala Malaysia 2011, dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|