View: 73|Reply: 0
|
Laos ujian terakhir pemain Kim Swee
[Copy link]
|
|
LAOS mungkin menjadi ujian terakhir skuad bola sepak B-23 negara sebelum mereka memulakan cabaran mempertahankan pingat emas pada saingan Sukan SEA 2011 di Jakarta, 8 November depan.\rJurulatih negara, Ong Kim Swee membayangkan aksi persahabatan menentang skuad B-23 Laos di Stadium Shah Alam, 4.45 petang Ahad ini sebagai medan terakhirnya bagi menentukan senarai 20 pemain terakhir ke Jakarta.\r\n\n\n\n\r \"Saya akan fikirkan keperluan untuk mengadakan satu lagi aksi persahabatan pada 3 November, hanya selepas kita bertemu Laos. Jika tiada sekali pun, ia bukan isu besar kerana saya perlu juga memikirkan soal kecederaan pemain.\r\r\n\n\n\n\n \"Buat masa ini saya mempunyai 25 pelatih selepas melepaskan Nazmi Faiz Mansor dan Syazwan Tajuddin untuk menyertai Kelayakan B-19 Asia di Vietnam (31 Oktober hingga 8 November).\r\"Jika ada satu lagi aksi pada 3 November, saya akan umum senarai 20 pemain terakhir pada 4 November. Jika tidak, saya boleh umum pada Isnin atau Selasa depan,\" kata Kim Swee semalam.\rSkuad negara kembali berkumpul untuk kem latihan pusat di Padang MSN, Bukit Jalil semalam dengan dua pemain, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Wan Zaharulnizam Zakaria hanya menjalani latihan ringan akibat kecederaan.\r\"Empat hari lagi baru kita boleh tahu sama ada kecederaan buku lali Wan Zack sempat pulih manakala Wan Zaharulnizam mungkin dapat kembali cergas dalam tempoh itu,\" jelas Kim Swee.\r\n\n\n\n\rSkuad negara akan berlepas ke Jakarta, Sabtu depan untuk mengharungi saingan Kumpulan A menentang Singapura (8 November), Thailand (10 November), Kemboja (15 November) dan Indonesia (17 November), kesemuanya di Gelora Bung Karno.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|