View: 94|Reply: 0
|
MU mahu amuk di Goodison Park
[Copy link]
|
|
PARK Ji-Sung yakin Manchester United mampu bangkit daripada kekalahan memalukan kepada Manchester City minggu lalu apabila berkunjung ke Goodison Park bertemu Everton, hari ini. \rPengurus United, Sir Alex Ferguson yang menyifatkan kekalahan 6-1 di Old Trafford kepada skuad tetangga itu sebagai hari terburuk United meluahkan kebimbangan sama ada anak buahnya mampu bertindak balas atau tidak.\r\n\n\n\n\rLebih-lebih lagi, United tidak pernah menang dalam tiga kunjungan ke gelanggang lawan itu sebelum ini dan bolos dua gol lewat ketika tewas 3-1 pada Februari 2010 dan dua gol lagi ketika seri 3-3 dalam perlawanan terakhir musim lalu.\r\r\n\n\n\n\nKami perlu fokus dan setiap pemain perlu buktikan kekalahan kepada City tidak menjejaskan kami. Kami perlu melupakan kekalahan itu, kata Park. \rIni adalah perlawanan penting dan kami perlu ke sana dan berjuang mendapatkan mata. Bukan perlawanan mudah di Goodison Park kerana sentiasa sukar di sana. Lihat saja musim lalu, ketika kami di ambang kemenangan apabila mendahului 3-1, mereka menjaringkan dua gol pada masa kecederaan. \rKami perlu berjuang sebagai sebuah pasukan, bukannya individu jika mahu menewaskan mereka. - AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|