View: 94|Reply: 0
|
Hayunan Danny curi tumpuan
[Copy link]
|
|
TUMPUAN utama kejohanan golf Asia Pasifik Klasik Malaysia-CIMB di Kelab Golf & Resort The Mines kini terarah kepada pemain nombor satu negara, Danny Chia yang melonjak ke kelompok lima teratas selepas berakhir tiga pusingan, semalam.\rDanny yang turun bersama bekas pemain nombor satu dunia, Vijay Singh, meneruskan rentak cemerlang dengan melakukan lima bawah par 66 untuk keseluruhan 202 pukulan, 11 bawah par, berkongsi tempat kelima bersama-sama Jason Dufner dan Vijay.\r\n\n\n\n\r Dia kini hanya lima pukulan di belakang pendahulu, Bo Van Pelt yang merampas tangga teratas daripada Jeff Overton dengan catatan 16 bawah par keseluruhan manakala Overton di tangga kedua, ketinggalan satu pukulan.\r\r\n\n\n\n\n Saya lihat Vijay bermain golf di televisyen sejak mula berjinak dengan sukan ini, dan hari ini saya bermain bersamanya dan saya rasa setiap pukulan saya diperhatikan Vijay hingga membuatkan saya sedikit gementar, kata Danny.\rPada sembilan lubang pertama, saya hanya mendapat satu birdie tetapi saya cuba mengekalkan tumpuan dan memberitahu diri sendiri, birdie akan muncul jika saya terus bermain dengan tenang dan sabar.\rPada awal permainan hari ini (semalam), saya tidak memikirkan mengenai kedudukan tetapi sebaik tiba di dua lubang terakhir, saya lihat kedudukan saya tidak terlalu jauh di belakang pendahulu dan memutuskan untuk berhabis-habisan.\rSaya sedar harapan kepada saya lebih tinggi esok (hari ini) tetapi saya akan cuba untuk tidak menjadikannya sebagai tekanan dan hanya tumpukan kepada permainan sendiri.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|