CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6504|Reply: 5

PERSATUAN USAHAWAN DAN PEREKA BUSANA MUSLIM, MALAYSIA (AMAED)

[Copy link]
Post time 2-11-2011 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by keeah at 4-11-2011 16:32

BERITA BAIK UTK PENGUSAHA BUTIK DAN PEREKA FESYEN BUSANA MUSLIMAH MALAYSIA

AKAK MENGALU ALUKAN PENGUSAHA MAHUPUN PEREKA FESYEN BUSANA MUSLIMAH MALAYSIA UTK MENYERTAI PERSATUAN INI UTK MEMPROMOSI PRODUK SENDIRI. INILAH PLATFORM ANDA NAK MEMPERKEMBANGKAN DESIGN ANDA TERSENDIRI.

BYK KELEBIHAN BILA MENYERTAI PERSATUAN INI ANTARANYA

1. Anda bergaul dengan pereka pereka fesyen yg sudah terkenal dan berpegalaman seperti Dato’ Radzuan Radwill, Mona Din Hajaba, Jida Naini Kifli, Abg Tong Saufi, Pearl Haya, Najjah dll. Boleh berkongsi pengalaman dengan mereka.

2. Anda dapat menyertai fesyen show yg mempamerkan produk anda samaada di dlm negeri mahupun luar negeri seperti pertunjukan antarabangsa ‘islamic fashion festival” yg berlansung di kazastan baru baru ini.

3. Anda mudah mempromosi barangan anda kerana persatuan selalu mengadakan press conference setiap kali mengadakan fesyen show. anda berpeluang keluar dlm majalah tanpa kos.

4. Anda mudah mendapat booth semasa show case diadakan.

5. Mifw, Bda dan Yoda sentiasa berkerja sama dengan persatuan ini.

6. Bila bergerak dlm persatuan ianya lebih mudah. PRESIDEN PERSATUAN INI ADALAH DATO' RAJA REZZA SHAH DAN PENOLONG PRESIDEN PUAN MONA DIN HAJABA. PENASIHAT YM DATUK RAJA ROPEAH DAN PENAUNG DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSUR.

Sebenarnya byk lagi kelebihan yg ada tetapi tidak dapat dipaparkan disini. Cerita lebih lanjut akan disertakan bila anda sudah menjadi ahli. Bagi yg berminat sila email untuk mendapat borang keahlian kepada

[email protected] atau sms akak.016-6531840

International website

http://www.islamicfashionfestival.com.my/


Malaysia - AMAED

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2011 04:19 PM | Show all posts
Lagi...

PERSATUAN USAHAWAN DAN PEREKA BUSANA MUSLIM MALAYSIA atau lebih dikenali sebagai “AMAEDM” ditubuhkan  bagi membangunkan  dan melahirkan para usahawan secara berkumpulan dalam industri rekaan pakaian busana Muslim untuk masyarakat dalam dan luar negara dengan objektif menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah satu ibukota busana Muslim sedunia.

OBJEKTIF

1.        Menganjurkan pertandingan dan pertunjukkan rekaan fesyen busana Muslim dengan syarat kebenaran daripada pihak berkuasa di mana berkenaan.

2.        Mempromosikan industri rekaan pakaian busana Muslim serta menjadi usahawan yang berjaya dalam fesyen busana Muslim.

3.        Mengukuhkan silaturrahim antara semua ahli dengan membina jaringan.

4.        Mengadakan aktiviti keusahawanan, latihan dan penerangan kepada ahli-ahli bagi memberi pendedahan yang meluas dalam dunia perniagaan.

5.        Persatuan boleh menjalankan perniagaan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapat oleh persatuan hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan ini dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli persatuan. Namun peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja pertubuhan ini.

MISI

1.        Berpeluang menyertai peragaan fesyen seperti “Islamic Fashion Festival” atau lebih dikenali sebagai IFF di dalam dan luar negara.

2.        Berpeluang melibatkan diri dalam perniagaan dari segi jualan gerai, acara-acara melelong pakaian selebriti dan sebagainya.

3.        Berusaha menaikkan taraf kemahiran ahli dan memperbanyakkan lagi program-program latihan, forum, seminar dan sebagainya.

4.        Meningkatkan bilangan ahli usahawan serta pereka busana Muslim terutama dari segi kualiti dan kuantiti serta menyatukan tenaga kepintaran yang sedia ada.

5.        Memperluaskan serta memberi pendedahan publisiti bagi rekaan fesyen di dalam bidang penerbitan IFF.

Keeah
AJK Biro Agama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2011 03:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by keeah at 4-11-2011 15:27

TERKINI:

AMEAD akan mengadakan "Islamic Fashion Festival Show"

TARIKH : 15 NOVEMBER 2011 (SELASA)
MASA : 10.30 PAGI
TEMPAT : J.W. MARRIOT
TEMA : ORIENTAL CHARM
SETIAP PEREKA FESYEN MENGELUAR 5 DESIGN UTK DIPERAGAKAN DAN SEBANYAK 12 PEREKA FESYEN YG BARU AKAN MEMPAMERKAN KOLEKSI TERBARU MEREKA.

Disamping itu disediakan booth bagi ahli ahli AMEAD selama 5 hari (RM100 sehari) di J.W.Marriot. Pertunjukan fesyen akan berlangsung selama 5 hari dengan pelbagai jenis fesyen akan dipamerkan.

Kalau berminat utk memlihat pertunjukan fesyen tersebut boleh berhubung dengan akak dan dapat gambaran sebenar tujuan persatuan ini.

Terima kasih.

p/s Sertai sekarang terutama seorang pereka baru kerana selepas ni showcase akan diadakan bulan Januari pula. Inilah cara mudah utk memperkenal serta mempromosi brand anda. Setakat ini sambutan utk showcase kami sgt sgt mengalakkan. Sila masuk dlm Facebook dan search for AMAED.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 06:00 PM | Show all posts
nak jadik model bolehh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2011 09:36 AM | Show all posts
nak jadik model bolehh
Kamen_rider Post at 4-11-2011 18:00


Sorry adik, model mereka provide sekali....ada agensi yg mengendalikannya. Adik nak jadi model kena apply pada agensi.

Thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 04:06 PM | Show all posts
kak, klau mcm sy bole join tak? baru nk berjinak2 dlm bisnes baju.. baju nye smua sy yg jahit sendiri.. rekaan sy simple2 je.. takut x layak join je? ade pearl haya, hajaba smua.. smua dah top2... sy segan kak
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.044056 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list