View: 106|Reply: 0
|
Woods anggap bernasib baik dipilih wakili AS
[Copy link]
|
|
Ramai persoal mengapa Couples pilih bekas jagoan itu\rSINGAPURA: Bekas pemain nombor satu dunia, Tiger Woods berkata dia bernasib baik dipilih oleh kapten pasukan Piala Presiden Amerika Syarikat (AS), Fred Couples untuk mempertahankan gelaran itu di Australia, hujung bulan ini.\r\n\n\n\n\r Woods, pemenang 14 kejuaraan utama dan dianggap antara pemain terbaik pernah disaksikan, merosot ke tangga ke-56 dunia dan gagal memenangi sebarang kejohanan sejak terbongkar skandal curangnya pada penghujung 2009.\r\r\n\n\n\n\n Kemerosotan prestasi menyebabkan ramai mempersoalkan pemilihan Couples, lebih-lebih lagi apabila mengetepikan pemenang Kejohanan PGA AS, Keegan Bradley bagi perlawanan antarabangsa di kelab Royal Melbourne pada 17 hingga 20 November ini.\r“Saya berbangga dipilih,” kata Woods yang beraksi dalam Piala Presiden sejak 1998. “Freddie mempunyai banyak calon pemain untuk dipilih, saya bernasib baik menjadi salah seorang daripada anggota pasukan, kami mempunyai pasukan yang hebat.\r“Saya tahu akan bermain dalam empat saingan dan saya tidak sabar berada di sana dan melihat siapa pasangan saya nanti, bergandingan dan harap-harap menang permainan kami.”\rWoods, 35, menduduki tangga ke-128 dalam senarai hadiah kemenangan tahun ini selepas hanya beraksi dalam sembilan kejohanan sejak dia mengasingkan diri pada awal tahun dan berehat kerana kecederaan lutut dan Achilles.\r\n\n\n\n\rKali terakhir dia beraksi ialah di kejohanan Frys.com Open bulan lalu dengan menamatkan saingan berkongsi di tangga ke-30, tetapi Woods gembira kembali bermain selepas berusaha keras dalam putting dan corak hayunan baru yang mula membuahkan hasil.\rMasters Australia 2009 adalah kejuaraan terakhir yang dimenangi dan dia berharap dapat mengikut jejak Sergio Garcia yang memenangi kejohanan Jelajah Eropah bulan lalu selepas kemarau tiga tahun. – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|