CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2044|Reply: 14

Dianggarkan 4 juta tan sampah terhimpun di Bangkok

[Copy link]
Post time 8-11-2011 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by perang_sivil at 8-11-2011 10:05


SEORANG  penduduk (kiri) berdiri di atas beg pasir di depan kedai menjual patung Buddha di daerah Bangkok Yai di Bangkok, Thailand, semalam.  - AGENSI



BANGKOK 7 Nov. - Pihak berkuasa Bangkok akan perlu mengangkut tiga hingga empat juta tan sampah apabila banjir yang menenggelami kira-kira 60 peratus daripada ibu negara Thailand ini surut.
Lori sampah di bandar raya ini tidak dapat masuk ke sesetengah kawasan banjir sejak berminggu-minggu lalu dan kemungkinan tempoh sebulan lagi diperlukan untuk air surut sepenuhnya, lapor akhbar The Nation hari ini.
Kira-kira sembilan juta penduduk yang terjejas akan mengeluarkan kira-kira 500 kilogram sampah setiap seorang sepanjang bencana itu, kata Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Pencemaran, Worrasart Apaipong.
"Buat masa ini penduduk disarankan supaya memastikan segala jenis sampah berada di atas paras air," katanya.
Cadangan itu mungkin sukar dilakukan oleh sesetengah penduduk yang tinggal dalam keadaan rumah mereka ditenggelami air melebihi semeter sejak berminggu-minggu lalu.
Penduduk Bangkok juga menghadapi tugas besar untuk membaiki kereta mereka.
Kira-kira 500,000 kenderaan yang separuh tenggelam akan memerlukan sekurang-kurangnya penukaran bateri dan minyak hitam, kata Worrasart.
Thailand dilanda banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun pada musim monsun ini.
Air limpahan dari kawasan dataran tengah menakung di sebelah utara Bangkok dan sedang mengalir perlahan-lahan ke pusat bandar hari ini dalam pergerakannya ke laut, menurut Perkhidmatan Penyiaran Awam Thai.
Sementara itu pakar memberi amaran, Bangkok yang dibina di atas tanah paya kini mendap perlahan-lahan dan banjir yang melandanya sekarang mungkin membayangkan senario lebih buruk pada masa depan disebabkan kesan perubahan iklim.
Metropolis ini terletak hanya 30 kilometer ke utara Teluk Siam, di mana pakar meramalkan paras laut akan naik 19 hingga 29 sentimeter menjelang 2050 akibat pemanasan global.
Jika tiada tindakan diambil untuk melindungi bandar raya ini, sebahagian besar Bangkok akan berada di bawah paras laut dalam tempoh 50 tahun, kata pakar perubahan iklim di Universiti Chulalongkorn, Anond Snidvongs. - dp/AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2011 09:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by perang_sivil at 8-11-2011 10:14

Harap-harap patung ni tidak kelemasan
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 10:47 AM | Show all posts
xtenggelam lak patung itu~
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 11:58 AM | Show all posts
patung tu besar dan tinggi tu. tu pasal tak tenggelam. wonder if that thing hapen in KL.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 11:58 AM | Show all posts
patung tu besar dan tinggi tu. tu pasal tak tenggelam. wonder if that thing hapen in KL.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 03:43 PM | Show all posts
Reply 4# winamp05


    k.l ni hujan lebat skit pun dah banjir jem sana sini.. kalau banjir besar mcm ni.. x tahu la.. lumpuh kut semuanya {:3_84:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2011 04:03 PM | Show all posts
kadang2 banjir nie sebenarnya membersihkan kawasan tersebut...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 09:15 PM | Show all posts
kalo banjir dan air surut ngan cepat tak apa...
masalahnya... kalo banjir dan lepas tu air bertakung...
macam macam penyakit boleh terhasil lepas tue
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2011 11:09 PM | Show all posts
pelik la..hujan dh xdak..air tak surut2..apa maslahnya Bkk ni..?air x mengalir ke haper?xkan tanah x serap air2 tu kasik surut sikit..ni makin terok plak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 12:42 AM | Show all posts
4 tan tu berapa kg ye?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 03:03 AM | Show all posts
bangkok air naik banyak sebab seluruh dunia dok hantar "air" pi sana... kat danok pon mcm tuh jugak.... hari2 org malaysia eksport "air' pi sana... awatnya tak bahhh....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 10:33 AM | Show all posts
Reply 10# hanakikan


    1 tan = 1k kg,jadi 4 tan bersamaan 4k kg kalo x silap..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 03:51 PM | Show all posts
pelik la..hujan dh xdak..air tak surut2..apa maslahnya Bkk ni..?air x mengalir ke haper?xkan tanah x ...
cicicumel Post at 9-11-2011 23:09



    allah membalas apa yg thailand lakukan kekejaman di pattani
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 04:53 PM | Show all posts
membersihkan kota yang penuh maksiat.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2011 06:08 PM | Show all posts
semoga pendudukthailand tabah dengan ujian Allah S.W.T.... tak payah la berdangka buruk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.056897 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list