CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3253|Reply: 3

Myanmar tunjuk minat anjur Sukan Sea 2013

[Copy link]
Post time 9-11-2011 04:20 PM | Show all posts |Read mode
SELEPAS jurang 44 tahun, Myanmar - dahulu dikenali sebagai Burma - kembali bersedia menjadi tuan rumah Sukan Sea dengan Temasya XXVII 2013 bakal diadakan di pusat pentadbiran barunya, Naypyitaw, kira-kira 200km ke utara ke ibu negara Yangon.

   Myanmar, kali terakhir menjadi tuan rumah pada 1969 - ketika itu Sukan Sea dikenali sebagai Temasya SEAP - menyatakan kesudiannya mengelolakan acara dwitahunan ini ketika mesyuarat Persekutuan Sukan Sea (SGF), di Jakarta, bulan lalu.
   “Myanmar menawarkan diri menjadi tuan rumah 2013 yang akan diadakan di pusat pentadbiran kerajaannya yang baru (Naypyitaw),” kata Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi, semalam.
   “Keinginan mereka itu disebabkan tertarik dengan kebolehan Laos yang menganjurkan Temasya 2009 dengan jayanya sekalipun mereka hanya negara yang kecil.

   “Myanmar berharap akan dapat membina bandar sukan di pusat pentadbirannya itu dan juga mengadakan beberapa acara di Yangon. Mereka bersedia untuk mengelolakan sehingga 25 sukan. Malah turut menyenaraikan acara terbabit,” kata Kok Chi.

   Sejak temasya serantau ini diadakan pada 1959, Myanmar menjadi tuan rumah sebanyak dua kali iaitu 1961 dan terakhir 1969.

   Seperti Laos pada 2009, gimnastik, hoki, skuasy, bowling dan ekuestrian tiada dalam senarai yang dikemukakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2011 10:39 PM | Show all posts
biarkan lah dyer...........
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 09:17 PM | Show all posts
habis la... banyak la medal diaowang menang nati.. tgk mcm indon... keeke
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 11:20 AM | Show all posts
i really disagree.. kalau tak mampu nak anjurkan sukan2 penting like gymnastic, then baik jangan.. sbb itu world standard kan.. dan tidak membangunkan sukan serantau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.168511 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list