View: 188|Reply: 0
|
Hart sanggup ambil risiko
[Copy link]
|
|
Mampu tanggung beban berganda, sedia beraksi lawan SepanyolLONDON: Penjaga gol utama England, Joe Hart memberitahu Fabio Capello, dia bersedia mengambil segala risiko beraksi pada setiap minit untuk menghadapi Euro 2012.\rBegitupun, beraksi sebagai pemain utama Manchester City dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Juara Eropah, Piala FA dan Liga selain buat England, situasi itu mampu membuatkan Hart lemas ketika berlangsungnya Euro 2012 nanti.\r\n\n\n\n\r Hart tampil dalam 11 daripada 12 perlawanan England dan percaya Capello perlu terus menyenaraikannya dalam perlawanan persahabatan menentang Sepanyol hari ini, sebelum bertemu Sweden, Selasa depan.\r\r\n\n\n\n\n “Jika saya yang disenaraikan, saya mahu beraksi dalam setiap permainan,” kata Hart. “Tapi bukan saya yang memilih pemain. Jika saya disenaraikan, saya gemar untuk bermain namun pengurus yang membuat keputusan dan apa yang dikatakannya lebih penting.\r“Dia tampak tidak akan menukarnya namun itu tidak mengganggu saya. Saya hanya ingin bermain. Ia seolah-olah mementingkan diri tetapi saya hanya menjaga diri sendiri.”\rHart yang beraksi cemerlang bersama City musim ini turut tidak sabar menentang juara Dunia dan Eropah itu yang memberinya peluang berdepan salah seorang idolanya, Iker Casillas.\r“Dia seorang legenda, penjaga gol baik dan masih muda,” kata Hart mengenai penjaga gol Real Madrid itu. “Jika anda melihat sejarahnya dan apa yang dilakukan untuk Real dan Sepanyol, ia adalah kemuncak karier seorang penjaga gol. Secara jujur, saya berbangga dapat beraksi menentangnya.”\r\n\n\n\n\rHart juga berharap dapat berdepan rakan sepasukannya di City, David Silva yang dianggap pemain terbaik di EPL sekalipun dia bukan nama tetap dalam kesebelasan utama Sepanyol.\r“Tanpa ragu, Silva adalah pilihan automatik di seluruh dunia. Dia pemain berkualiti dan saya mahu melihatnya memulakan permainan bersama Sepanyol. Dia digelar ahli silap mata. Apa yang dilakukannya nampak mudah.” – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|