CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 79|Reply: 0

Mahu KLFIG jadi acara tetap

[Copy link]
Post time 14-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MENYEDARI sambutan hangat diterima daripada peserta Kuala Lumpur International Fixed Gear Tournament 2011 (KLFIG 2011) yang melabuhkan tirainya semalam, pihak penganjur, Dame Events and Communications Sdn Bhd mahu menjadikan ia sebagai satu acara tetap dalam kalendar sukan tahunan negara sekali gus melahirkan bakat muda yang mampu menyerlah di peringkat antarabangsa.Disertai lebih 15 negara lain termasuk Jepun, Australia, Amerika Syarikat dan Taiwan ia dilihat mampu membuka ruang buat anak muda tempatan menonjolkan bakat dalam sukan itu selain memberi mereka peluang untuk mengetahui selok belok mengenai asas kayuhan  dan standard perlumbaan fixed gear.\n\n\n\n    “Kami menerima maklum balas yang sangat bagus daripada peserta dan selaku pihak penganjur kami akan adakan ia setiap tahun. November adalah bulan yang sesuai untuk menganjurkan kejohanan ini dan ia akan ditentukan kelak.\n\n\n\n\n   “Sebelum ini kami difahamkan Singapura dan Indonesia juga ada mengadakan kejohanan seperti ini namun ia tidak sebesar yang dilakukan di sini. Ada juga maklum balas yang diterima seperti dari United Kingdom dan Amerika Syarikat yang menyatakan mereka sangat teruja dan gembira dengan acara kriterium yang dianjurkan di sini,” kata pengarahnya, Melina Mohd Sani pada sidang media di Velodrom, Cheras semalam.Kejohanan julung kali diadakan itu mendapat ‘restu’ daripada Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (KLCA) yang juga nyata berpuas hati dengan penyertaan sekali gus mahu meneruskan kelangsungan bengkel kayuhan secara berterusan kepada anak muda yang berminat.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.338070 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list