|
NUR Suryani Muhamed Taibi menambah koleksi pingat emas peribadi yang kedua di Palembang selepas mengungguli acara 10 meter Air Rifle wanita.\rPenembak 28 tahun dari Perak itu yang menghadiahkan emas pertama kontinjen Malaysia menerusi acara 50m Rifle 3 posisi Sabtu lalu, mendahului semua pesaing hingga penamat dengan catatan 497.1 mata, menewaskan penembak Singapura, Jasmine Ser Xiang Wei (496) dan penembak Thailand, Patsornnut Hongprasert (495.3). \r\n\n\n\n\r Seorang lagi penembak negara yang mara ke final acara itu, Shaheera Rahim Raja menduduki tempat kelima (491.9).\r\r\n\n\n\n\n Suryani berkata, seperti kejayaan emas pertama, dia turut tidak mensasarkan apa-apa dalam acara semalam dan hanya melakukan yang terbaik supaya berpuas hati selepas menamatkan saingan.\r“Mulanya, saya agak gementar kerana mendahului dari awal, tetapi saya yakin kalau berusaha pasti ada rezeki,” kata Nur Suryani yang menghadiahkan kemenangannya kepada suami yang dikahwininya, Mac lalu. “Selepas ini, saya akan memberi tumpuan untuk Kejohanan Asia di Doha, Qatar Januari nanti untuk memburu kelayakan ke Olimpik.”
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|