CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 74|Reply: 0

‘Cukuplah 15 emas’

[Copy link]
Post time 17-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Faktor umur, kecederaan lama paksa Ken Nee berundur\r“CUKUPLAH dengan 15 emas, kini saya boleh tersenyum bangga mengundurkan diri.\"\r\n\n\n\n\r    Itulah luahan kegembiraan Yeoh Ken Nee sejurus meraih emas 3 meter papan anjal individu lelaki di Pusat Akuatik Jakabaring semalam, yang juga emas ke-15 dalam penampilannya di Sukan SEA sejak 1995.\r\r\n\n\n\n\n   Mula aktif dalam sukan terjun ketika berusia 10 tahun dan tampil kali pertama di pentas Sukan SEA dua tahun selepas itu, penerjun yang kini berusia 28 tahun itu akan bersara selepas tamatnya Olimpik London 2012 untuk beralih ke bidang kejurulatihan.\r“Takkan saya saja mahu menang, saya perlu juga memberi peluang kepada penerjun muda lain yang kini jaraknya agak jauh ketinggalan berbanding atlit senior. \r“Lagipun umur mengejar saya dengan kecederaan lama di lutut masih menghantui dan kini jurulatih juga mula berkongsi ilmu kejurulatihan dengan saya selepas mereka mengetahui perancangan saya untuk bersara,” katanya.\rKen Nee yang sebelum ini memenangi emas 3m papan anjal seirama, bergandingan dengan Bryan Nickson Lomas, sekali lagi memukau pengadil dengan terjunan menarik untuk mengumpul 458.15 mata, jauh di depan pemenang perak dari Indonesia, Akhmad Sukran Jamjami (401.85 mata) manakala seorang lagi penerjun negara, Ahmad Amysyar Azmar meraih gangsa (397.30).\r\n\n\n\n\rSeperti diduga, kehebatan penerjun wanita negara, Pandelela Rinong yang berstatus dunia tidak mampu digugat apabila merangkul emas dalam satu-satunya acara disertainya, 10m platform individu wanita.\rTanpa ada saingan ratu terjun negara mengutip 342.90 mata dengan perak dimenangi rakan senegara, Kam Ling Kar, 260.85 manakala gangsa menjadi milik penerjun tuan rumah, Della Dinarsari Harimurti (250.50 mata).

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.063812 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list