|
“EMAS ini kami hadiahkan kepada Esther (Cheah) yang terpaksa duduk di bangku penonton sepanjang temasya Sukan SEA kali ini,” kata pemenang pingat emas acara beregu wanita, Jacqueline Sijore dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, semalam.\rTurut mengikut jejak sama adalah pasangan lelaki, Adrian Ang-Alex Liew dalam acara sama untuk tuaian emas kedua pasukan negara di Palembang.\r\n\n\n\n\r Jacqueline yang mula mengukir nama selepas kemenangan di Kejuaraan Wanita Dunia di Hong Kong baru-baru ini, hampir melakukan permainan sempurna di permainan keempat, tetapi balingan bonus pertamanya sekadar menjatuhkan sembilan pin.\r\r\n\n\n\n\n Namun jumlah jatuhan pin pada permainan berkenaan – 289 dan 193 – sudah cukup untuk melonjakkan Jacqueline dan Zandra memburu pendahulu dari Singapura, Cherie Tan yang muncul juara individu kelmarin dan pasangannya, Daphne Tan.\rPada baki dua permainan terakhir, Jacqueline dan Zandra saling membantu \rmengekalkan jatuhan pin yang cukup untuk melonjakkan mereka sebagai juara dengan jumlah keseluruhan, 2463, tujuh pin mengatasi pasangan Singapura.\r“Hanya kerana berpindah hotel, kami kehilangan seorang pemain yang sama-sama berlatih sepanjang persiapan menghadapi temasya ini,” kata Jacqueline yang meletakkan sasaran skuad negara menaiki podium dalam setiap kategori.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|