View: 3429|Reply: 7
|
Biskut beras terbesar di dunia
[Copy link]
|
|
BEBERAPA ahli Jawatankuasa Biskut Beras Terbesar Dunia bergambar dekat biskut beras terbesar di dunia di wilayah Chiba, Tokyo semalam.
TOKYO - Sekumpulan peminat snek di Jepun semalam mendakwa mereka mencatat rekod untuk biskut beras terbesar di dunia.
Memiliki diameter 160 sentimeter, biskut itu jauh lebih besar daripada biskut beras biasa yang dikenali sebagai senbei.
Senbei yang diperbuat daripada tepung beras, dimakan dengan meluas di Jepun.
Michihiro Yamaguchi yang merupakan seorang ahli Jawatankuasa Biskut Beras Terbesar Dunia di bandar Kioroshi, timur Tokyo menganggap ia adalah detik kejayaan buat mereka.
"Kami berjaya melakukannya. Inilah dendam yang amat manis," katanya selepas gagal dalam percubaan untuk berada dalam buku rekod dunia pada bulan lalu selepas biskut yang dihasilkan itu kurang tiga sentimeter daripada sasaran mereka. - AFP |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan org Msia je yg suka buat makanan terbesar/terpanjang bagai
Jepun ada jugak yg jakun |
|
|
|
|
|
|
|
siap ada ahli jawatankuasa hek.... |
|
|
|
|
|
|
|
hangus...banyak carbon
nak makan kena buang arangnya dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnyaaa biskut beras |
|
|
|
|
|
|
|
besar betul... malaysia taknak buat ke RENGGINANG terbesar? |
|
|
|
|
|
|
|
biskut beras dan biskut jagung memang sedap...
setiap bulan, sure akan beli satu pek besau... cukup utk bekalan selama seminggu jer
kenyang dan menyihatkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|