View: 165|Reply: 0
|
Penantian 10 tahun berbaloi
[Copy link]
|
|
\'Mr dan Mrs Smith\' julang Shareen, Katrina raih emas\rPENANTIAN 10 tahun atlit renang berirama negara, Shareen Hui ternyata berbaloi apabila meraih pingat emas pertama di temasya ini.\r\n\n\n\n\r “Sejak menyertai skuad negara pada 2001, saya tidak berpeluang menyertai Sukan SEA kerana hanya diturunkan sebagai perenang ujian bagi pengadil menetapkan standard mata.\r\r\n\n\n\n\n “Kegembiraan ini berganda apabila menyumbang emas ke-45 negara,” kata atlit 27 tahun itu yang merangkul emas acara duet rutin teknikal, semalam.\rBergandingan dengan Katrina Ann Abdul Hadi, kehebatan duet negara itu tidak dapat disangkal apabila mempamerkan aksi hebat dengan alunan muzik tango daripada filem Mr and Mrs Smith. \r“Kami mencari lagu agak berlainan dan mahu muzik agak ‘nakal’ untuk temasya kali ini. Kami baru saja berlatih menggunakan lagu ini sejak Ogos lalu,” kata Katrina, 19.\rShareen dan Katrina memperoleh 76.125 mata untuk pingat emas, diikuti gandingan Singapura, Stephanie Chen dan Crystal Yap (72.750) dan Adela Armanda Nirmala dan Sabihisma Arsyi dari Indonesia (71.000).\r\n\n\n\n\rSementara itu, skuad negara menambah satu lagit emas dalam acara pasukan teknikal dengan lapan atlit negara, termasuk Shareen dan Katrina memukau juri dengan menggunakan baju renang unik bermotifkan jersi Harimau Malaya dengan diiringi muzik tema Piala Dunia 2010, ‘Waka waka’.\rPasukan negara menang apabila mengumpul 74.750 mata diikuti Thailand ditempat kedua (70.750) serta Indonesia, ketiga (70.375). \r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|