CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4522|Reply: 26

Tuntut Tempat Parkir Kapal Angkasa!

[Copy link]
Post time 21-11-2011 03:24 AM | Show all posts |Read mode



'Darth Vader' minta tanah untuk letak kapal angkasa
SEORANG lelaki memakai kostum Darth Vader berjalan masuk ke bangunan dewan  bandar raya Odessa, Ukraine pada  Isnin lalu.



KIEV, Ukraine - Seorang lelaki memakai kostum watak jahat filem Star Wars, Darth Vader muncul di pejabat Dewan Bandar Raya Odessa, selatan Ukraine dan menuntut sebidang tanah untuk meletakkan kapal angkasanya, kata pihak berkuasa kelmarin


Dia berjalan menuju pintu masuk bangunan dewan bandar raya berkenaan sambil membawa sebilah pedang cahaya plastik dengan jubah hitamnya berjuntaian ditiup angin pada Isnin lalu.

"Saya ialah Darth Vader," katanya kepada seorang pengawal keselamatan di hadapan bangunan.

"Saya dengar terdapat tawaran lot tanah kosong di Odessa dan ramai pegawai pentadbiran bandar raya ini serta datuk bandar telah menyertai kuasa jahat.

"Saya datang menuntut lot tanah saya untuk dijadikan tempat parkir kapal angkasa saya. Saya fikir tiada masalah untuk permohonan saya diluluskan kerana mereka dikuasai kuasa jahat seperti Darth Vader," tambahnya kepada tiga pengawal keselamatan yang tercengang.

Laman web tempatan, Dumskaya.net melaporkan kunjungan itu dibuat ketika kontroversi tercetus berhubung keputusan pihak dewan bandar raya Odessa mengagihkan beberapa bidang tanah tepi pantai secara percuma tetapi kepada cuma lima orang warga Ukraine.

'Darth Vader' menyerahkan surat surat permohonannya kepada seorang kerani dewan bandar raya sebelum beredar.
Gelagatnya mencetuskan sensasi di laman perkongsian video YouTube. - AFP



p/s nie la jadinye bile maknusia keliru mane realiti & fantasi ! Yg peliknye......atas professionalism, pegawai majlis layen gak....ha....ha......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2011 03:35 AM | Show all posts
kalau dia bawak real punya lightsaber mesti dapat
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 08:11 AM | Show all posts
kang org cakap dia gila, dia marah pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 08:28 AM | Show all posts
gila....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 08:41 AM | Show all posts
ada juga menesia gni
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 08:43 AM | Show all posts
apa jadah nyer ke-mental-lan sngt die neh??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2011 08:51 AM | Show all posts
agaknya mamat tu buat gimik kasi gempak.  mcm ada kes ditempat kita hari tu, heret lembu pegi ofis di Selangor.  publisiti maaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 08:55 AM | Show all posts
mcm dia perli pihak berkuasa jer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2011 08:57 AM | Show all posts
cheh takat lembu free apa barang.. besh besh.. sycastic betul
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 09:57 AM | Show all posts
kelakar..sebenarnya dia perli majlis perbandaran tue kan....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 11:33 AM | Show all posts
hehehe...kelakar la...
macam2 dunia sekrg nie..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 11:47 AM | Show all posts
hehehe...kelakar la...
macam2 dunia sekrg nie..
aryza Post at 21-11-2011 11:33



   Jangan ketawakan dia. Mungkin tahun depan kita perlukan kapal angkasanya untuk menyelamatkan diri sewaktu bumi tengah kiamat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 11:54 AM | Show all posts
Jangan ketawakan dia. Mungkin tahun depan kita perlukan kapal angkasanya untuk menyelamatka ...
spiderman80 Post at 21-11-2011 11:47



    erk..boleh selamat ke???
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 12:16 PM | Show all posts
erk..boleh selamat ke???
aryza Post at 21-11-2011 11:54



   Sepatutnya lebih selamat jika dibandingkan dengan Air Asia sebab kapal angkasa mampu terbang lebih jauh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 12:25 PM | Show all posts
Sepatutnya lebih selamat jika dibandingkan dengan Air Asia sebab kapal angkasa mampu terban ...
spiderman80 Post at 21-11-2011 12:16



    hehehe..
kene wat surat sokongan nie...sokong hajat die nie..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 10:47 PM | Show all posts
manusia semakin hari semakin pelik... adoi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2011 01:00 AM | Show all posts
"Saya ialah Darth Vader," ....

kompiden jek introduce,   hahahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 10:06 PM | Show all posts
dapat ke tidak tanah  nye tu? kalo dapat, memang berbaloi2
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 10:32 PM | Show all posts
space craft pun tak dok... berangan nak mintak parkir kat angkasa
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 01:13 AM | Show all posts
Hahaha...lawok inter-galaksi betul. Harap2 peperangan antara planet tak tercetus kalo permohonan tanah tu ditolak...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.073762 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list