CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155|Reply: 0

Harimau 'ngap' Garuda

[Copy link]
Post time 22-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Malaysia rakam rekod bersih tanpa kalah di JakartaSKUAD bola sepak gah memenangi \'ibu segala pingat\', malam tadi apabila kesebelasan Harimau Muda tampil garang mempertahankan mahkota kejuaraan buat kali kedua berturut-turut menewaskan tuan rumah, Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 sehingga masa tambahan.\n\n\n\nSorakan dan ejekan lebih 100,000 penyokong Garuda Muda jelas gagal menyekat impian besar Ong Kim Swee dan anak didiknya yang hadir berbekal mental kuat mengatasi sorak gempita di Stadium Gelora Bung Karno untuk memaksa lawan menggigit jari terlepas pingat emas paling bernilai di Sukan SEA di laman sendiri.\n\n\n\n\n\nKebetulan, kali terakhir Malaysia berjaya mempertahankan gelaran bola sepak secara berturut-turut adalah di Jakarta pada 1979 ketika menewaskan Indonesia 1-0 hasil jaringan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.Kemenangan itu membantu kontinjen negara mengutip keseluruhan 59 emas malam tadi selepas skuad berbasikal trek menyumbang empat dan satu daripada renang berirama.Lagi berita sekitar Kejohanan Sukan Sea 2011, dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.643770 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list