CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2687|Reply: 12

Chavez bawa pulang simpanan emas negara RM35.1 bilion

[Copy link]
Post time 27-11-2011 10:36 AM | Show all posts |Read mode

BEBERAPA kereta perisai membawa jongkong emas melintasi Istana  Miraflores di Caracas kelmarin. - Reuters



CARACAS - Venezuela kelmarin menerima penghantaran pertama simpanan jongkong emas negara berkenaan yang berada di seberang laut, kata Presiden Hugo Chavez.
Chavez berkata, penghantaran tersebut dibuat selepas Venezuela meminta semua simpanan emasnya di luar negara dipulangkan.
Simpanan emas Venezuela itu di beberapa buah bank Eropah termasuk Britain itu dibawa dengan sebuah penerbangan dari Paris.
Askar-askar kemudian mengawal emas tersebut yang diisi ke dalam sekurang-kurangnya lima buah kereta perisai menuju ke Bank Pusat di Caracas.
Pada Ogos lalu, Chavez mengumumkan rancangan mendapatkan kembali simpanan emas Venezuela di luar negara berjumlah 211.35 tan dan bernilai AS$11 billion (RM35.1 bilion).
Beliau juga mengisytiharkan hasratnya untuk memindahkan aset cair Venezuela berjumlah AS$6.2 (RM19.5 bilion) bilion yang disimpan di Bank Switzerland, Britain, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) ke negara rakan seperti China, Rusia dan Brazil. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2011 10:36 AM | Show all posts
Takde ke Geng Italian Job or Ocean 11 nak rompak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 10:40 AM | Show all posts
emasmilik negara ker..... milik persendirian????
diktator cam chavez ni bukannya leh caya sangat pun
mujur dia dok kat south amerika....
kalo negara ni part of negara ereb... sure dah kena guling dia ne
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2011 10:44 AM | Show all posts
emasmilik negara ker..... milik persendirian????
diktator cam chavez ni bukannya leh caya sangat p ...
HaMiZiE Post at 27-11-2011 10:40



    Milik Negara... Tak kisah la diktator janji dia kamcing ngan Iran Syiah dan Korea Utara Komunis Taksub..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 02:47 PM | Show all posts
bravo Chaves. beliau mungkin akan jadi mangsa kepada hasad dengki dan ketakutan puak2 zionis suatu hari nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 03:08 PM | Show all posts
Sat gi mai puak zionis..... sabak noooo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2011 03:11 PM | Show all posts
emas oi emas...orang xnak tak laku jugak hehe sape xnak??
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 03:45 PM | Show all posts
ape benefit venezuela dapat drpd bwk balik emas ni??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2011 03:57 PM | Show all posts
OMG banyak giler tuh emas

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 06:11 PM | Show all posts
ape benefit venezuela dapat drpd bwk balik emas ni??
rurouni Post at 30-11-2011 15:45


apa amerika dpt dengan simpanan emas sebanyak 60% dari emas dunia........... kawal harga minyak la.
maybe itu tujuan chavez... nak kurangkan dominasi amerika.. mungkin laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 10:36 AM | Show all posts
malaysia bile lagi....??
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 03:22 PM | Show all posts
sebagai persediaan untuk world war III..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 03:29 PM | Show all posts
yup WW4 dan bagi manghancurkan lagi ekonomi eropah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.054253 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list