CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

Iqra: Pamer akhlak mulia dakwah paling mudah

[Copy link]
Post time 30-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SELEPAS Bani al-Mustoliq mengkhianati dan melanggar perjanjian, Rasulullah membawa pasukan Muslimin menyerang mereka. Semua lelaki kaum itu melarikan diri sebelum pasukan Islam tiba meninggalkan isteri, anak serta harta mereka. \rPasukan Islam mengambil semua harta, wanita dan anak yang ditinggalkan termasuk anak pemimpin Yahudi, Juwairiah al-Harits yang ditawan Tsabit Qais. Juwairiah diminta membayar wang untuk menebus dirinya. \r\n\n\n\n\rJuwairiah menghadap Rasulullah SAW untuk meminta bantuan tetapi Baginda menawarkan yang lebih baik iaitu melunaskan hutang serta mengahwini Juwairiah. Apabila kaum Muslimin mengetahui berita itu, mereka memerdekakan tawanan lain atas alasan tidak patut menjadikan besan Rasulullah sebagai tawanan.\r\r\n\n\n\n\nSikap mulia sahabat yang membuat keputusan tanpa dipaksa akhirnya membuka hati bani al-Mustoliq memeluk Islam. Kisah ini sangat masyhur dan mengandungi pengajaran luar biasa iaitu akhlak mulia dapat menjadikan satu bangsa berpindah agama.\rBanyak lagi kisah dan pengajaran daripada sikap mulia dapat dipetik daripada buku Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia; menghimpunkan koleksi kisah ulama silam yang kaya dengan pendidikan akhlak hasil tulisan Umar Muhammad Noor.\rBuku terbitan Telaga Biru Sdn Bhd itu mengambil pendekatan menjelaskan ilmu dan hikmah disokong dalil al-Quran, sunnah   serta ucapan ulama yang dikaitkan dengan realiti kehidupan hari ini.\rBuku Fiqah Muallaf Antara Tuntutan dan Keutamaan karya Muhammad Nidzam Abd Kadir pula   mencungkil secara terperinci masalah mualaf serta mencadangkan  penyelesaian berkaitan hukum fiqah dalam amalan harian.\r\n\n\n\n\rTidak dinafikan, banyak kekeliruan membelenggu saudara baru kerana di Malaysia budaya hidup membezakan antara kaum, tetapi hakikatnya tiada perbezaan dalam ajaran Islam.\rBuku ini bukan saja dapat dimanfaatkan saudara baru yang mula berjinak mendalami Islam, tetapi juga sesuai untuk semua umat Islam supaya dapat melihat betapa mudahnya ajaran Islam yang tidak pernah memberatkan umatnya.\rLagi satu tajuk menarik dipilih    Telaga Biru ialah Takwil Hadis yang memberi penerangan kepentingan memahami hadis musykil kerana menjadi amalan kini untuk merujuk hadis  dalam pelbagai perkara.\rMalah, kata-kata serta perbuatan junjungan besar itu juga sering digunakan sebagai penyokong hujah masing-masing. Di sebalik kesedaran itu, ada juga yang memberi penafsiran salah sehingga mengajarkan doktrin menyimpang daripada kefahaman jumhur ulama.\rBuku Takwil Hadis mendedahkan kepada pembaca cara digunakan jumhur ulama untuk memindahkan makna zahir lafaz kepada maksud sebenar supaya tidak lari daripada maksud sebenar atau terpesong daripada jalan Allah.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.261251 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list